PTPTN kekalkan caj satu peratus ~ Bila Han Bercerita

Thursday 24 May 2012

PTPTN kekalkan caj satu peratus




SHAH ALAM – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan meneruskan pelaksanaan caj perkhidmatan satu peratus untuk peminjam selagi kerajaan belum membuat keputusan untuk menghapuskannya.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, caj itu penting untuk PTPTN membiayai operasi serta menampung kos perluasan pentadbiran dengan pembukaan cawangan baru di Pahang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

“Kami telah mengemukakan cadangan memansuhkan caj itu kepada kerajaan. Selagi belum ada keputusan, bayaran satu peratus itu akan dikekalkan,” kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini semalam.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebelum ini mencadangkan pemansuhan caj perkhidmatan itu ketika berdebat dengan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli di sini malam kelmarin.

sumber
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...