Fuhh Juruteknik ditipu hutang kad kredit RM70,000 ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 8 May 2012

Fuhh Juruteknik ditipu hutang kad kredit RM70,000


WAI FONG menunjukkan laporan polis mengenai terdapat pihak tertentu menggunakan kad pengenalannya untuk memohon kad kredit di Wisma Gerakan, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Seorang juruteknik elektronik dari Kepong di sini mendakwa ada pihak tertentu menyalahgunakan kad pengenalannya apabila dia diminta untuk menjelaskan hutang kad kredit kira-kira RM70,000.

Mangsa, Loke Wai Fong, 52, berkata, dia terkejut apabila menerima panggilan daripada syarikat pemungut hutang yang dilantik oleh sebuah institusi kewangan untuk menjelaskan hutangnya pada 23 April tahun lalu.

“Saya memaklumkan bahawa saya tidak pernah memohon dan memiliki sebarang kad kredit daripada institusi berkenaan serta berhutang RM70,000.

“Saya sebelum ini tidak pernah kehilangan kad pengenalan namun pernah tinggalkan kad pengenalan itu untuk mendapatkan pas kerja di tempat-tempat tertentu untuk memperbaiki kerosakan elektronik,” katanya ketika ditemui di Pejabat Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) di sini semalam.-sumber
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...