Hotel mewah dasar laut di Dubai ~ Bila Han Bercerita

Thursday 10 May 2012

Hotel mewah dasar laut di Dubai


Hotel mewah dasar laut
Lakaran artis projek hotel di dasar laut, Water Discus Hotel yang bakal dibina di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu

DUBAI - Bandar raya Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) sememangnya terkenal sebagai tempat kediaman bagi orang kaya dan bagi memenuhi cita rasa golongan ini, sebuah hotel mewah di dasar laut bakal dibina di bandar raya itu.

Syarikat pembinaan Drydocks World telah menandatangani satu kontrak dengan syarikat Switzerland, BIG InvestConsult untuk membangunkan hotel di dasar laut di rantau itu, termasuklah projek Water Discus Hotel di Dubai, lapor news.au.com.

Rancangan pembinaan projek Water Discus Hotels itu melibatkan dua bangunan seperti kapal angkasa yang dibina di atas permukaan air dan di bawah permukaan air.

Hotel itu mempunyai tiga tiang dan satu struktur bangunan menegak yang menempatkan lif dan tangga yang menghubungkan bahagian atas permukaan dan bawah permukaan air.

Ia direka untuk menempatkan 21 bilik, pusat menyelam serta sebuah bar yang kesemuanya terletak 9.8 meter di dasar laut.

Setiap bilik turut dilengkapi pencahayaan khas bagi membolehkan tetamu melihat dengan jelas kehidupan di dasar laut.

Bagi mendapat pengalaman sebenar berada di dalam laut pula, pengunjung boleh menaiki kenderaan mini untuk mengelilingi kawasan dasar laut di sekitar hotel itu.

Deep Ocean Technology merupakan syarikat yang bertanggungjawab memperkenalkan teknologi ini.

Dubai juga menjadi tapak bagi projek "The World" - yang merupakan projek pulau-pulau berbentuk Bumi dengan kira-kira AS$18 bilion dibelanjakan untuk projek tersebut, termasuk projek Burj Khalifa, yang merupakan bangunan tertinggi di dunia. - AGENSI
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...