Murid Darjah 3 Menang Kereta Peugeot 408 ~ Bila Han Bercerita

Sunday 30 April 2017

Murid Darjah 3 Menang Kereta Peugeot 408

budak sekolah menang kereta

KANGAR, 30 Apr: Seorang murid darjah Tiga tidak menyangka penyertaannya dalam Perlis Marathon 2017 membuahkan hasil apabila berjaya membawa pulang sebuah kereta Peugeot 408 tajaan Naza di Stadium Syed Putra Jamalullai di sini.

Adik Muhammad Farhan Hakimi Mohamad Nor, terkejut apabila nombor penyertaannya bagi acara lima kilometer junior lelaki diumum sebagai nombor cabutan bertuah utama program terbabit.

"Saya tahu cabutan bertuah hari ini akan memperoleh kereta tetapi tidak sangka pula saya yang akan dapat. "Ini kali pertama saya menyertai...syukur Alhamdulillah...saya mahu abang memandu kereta ini nanti," katanya ketika ditemui pemberita.


Farhan, yang juga anak kepada tukang jahit yang berasal di Kedah berkata dia tidak berhasrat menjual kereta itu dan mahu memandunya apabila dewasa kelak.
Anak kepada tukang jahit berasal dari Kodiang, Kedah ini berkata, beliau tidak berhasrat menjual kereta itu dan mahu memandunya apabila dewasa kelak.


Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berangkat pada program anjuran Kerajaan Negeri Perlis itu.


sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...