Bayi Ini Hanya Akan Makan Apabila Dengar Lagu Gangnam Style ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 13 October 2012

Bayi Ini Hanya Akan Makan Apabila Dengar Lagu Gangnam Style

Bayi Ini Hanya Akan Makan Apabila Dengar Lagu Gangnam Style

Seperti yang kita tahu, gangnam style atau tarian kuda korea yang dibawa oleh PSY sangat cepat tersebar dan mendapat tempat dikalangan peminat dan influence yang dibawa cukup gah.hari ini aku bawakan cerita sensasi apabila :

Seorang bayi lelaki di Utara London akan menolak untuk makan melainkan ibu bapanya memainkan lagu "Gangnam Style".

Dalam sebuah video yang dimuat naik di YouTube, Benjamin yang berusia 10 bulan akan memusing-musing dan mengerakkan badan nya di atas kerusi bayi sambil bapanya, Andrew Tsai cuba untuk menyuapnya makanan.

Hanya apabila bapanya memainkan lagu 'Gangnam Style' tersebut, baru lah Benjamin duduk dan makan dengan senyap.

"Saya benar-benar kagum tentang bagaimana ia berkesan untuk menenangkan nya", kata Tsai.

Bapa kepada Benjamin itu percaya lagu tersebut telah menutup beberapa "proses otak yang lebih tinggi" dan menyebabkan bayi itu untuk menerima "apa sahaja yang diletakkan di hadapan mulutnya"

mari kita ikuti video dibawah



P/s : Bapak budak tu suap laju gile.bayi tu perlukan masa untuk kunyah.kang tercekik mati.risau aku.huhu.even baby's like gangnam.LOL.what can i say..

sumber

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...