Kontraktor palsu tipu RM2 juta ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 28 October 2012

Kontraktor palsu tipu RM2 juta


Kontraktor palsu tipu RM2 juta
KERJA pengubahsuaian ruang tamu rumah Chiew Ming di Sri Petaling, Kuala Lumpur yang terbengkalai pada Mei lalu selepas suspek menghilangkan diri.

Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang mendakwa dirinya sebagai kontraktor kini menjadi buruan polis serta lebih 10 pemilik rumah di sekitar ibu negara selepas disyaki menipu dalam projek pengubahsuaian bangunan membabitkan kerugian lebih RM2 juta sejak awal tahun lalu.

Suspek mudah memperdayakan mangsa kerana menjalankan urusan seperti kontraktor tulen dengan mengemukakan sebut harga serta resit bayaran menggunakan alamat sebuah syarikat pereka dalaman di Selayang dekat sini.

Bagaimanapun, apa yang menyebabkan para pelanggannya sesal tidak sudah ialah suspek menghilangkan diri sebaik sahaja mendapat bayaran dan dalam kes tertentu, hanya menyiapkan sebahagian projek sebelum lesap.

Dia dipercayai bergiat aktif di sekitar Sentul, Sri Petaling, Kepong, Segambut dan Balakong.

Seorang mangsa, Chai Chiew Ming, 43, mendakwa kerugian lebih RM260,000 apabila lelaki itu menghilangkan diri selepas menyiapkan separuh sahaja daripada kerja pengubahsuaian rumah dua tingkat miliknya di Sri Petaling, di sini pada Mei lalu.

Perunding perniagaan itu pada sidang akhbar di sini semalam memberitahu, selepas gagal mengesan suspek dan mendapati pejabat lelaki itu di Selayang sebenarnya disewa syarikat lain, Chiew Ming membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini.

Seperti mangsa yang lain, Chiew Ming mendapatkan khidmat suspek menerusi orang tengah yang dikenali sebagai Khor.

Peniaga barang lusuh, Wan Kok Heng, 31, pula mendakwa kerugian lebih RM100,000 apabila mengupah suspek untuk mengubahsuai rumah teres milik isterinya di Sentul Jaya 3 di sini pada April lalu.

Kok Heng hanya menyedari ditipu selepas suspek lesap dan projek pengubahsuaian rumah itu terbengkalai.

Akibatnya, dia terpaksa membelanjakan puluhan ribu ringgit lagi untuk mengupah kontraktor lain menyiapkan projek tersebut.

sumber

P/s: hati2 semua..walau berurusan dengan siapa pon.sekarang orang yang takde pape pon boleh mngaku jadi doktor dan sebagainya..penipuan dimana2.be alert people and keep updating the latest news.

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Inilah Wajah Hanis Zalikha Suatu Ketika Dulu
    21.11.2014 - 0 Comments
    Hanis Zalikha sangat sinonim dikalangan blogger dan juga selebriti.Yang sentiasa menawan dan comel.Tapi…
  • GILA : Pengusaha Butik Dikenakan Renjatan Elektrik, Disamun, Diraba
    28.07.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR – Empat penyamun yang menggunakan alat renjatan elektrik terhadap seorang wanita ketika…
  • SUKAR TIDUR MALAM BERISIKO 6 KALI GANDA HIDAP PENYAKIT
    01.02.2012 - 0 Comments
    LONDON 31 Jan. – Satu kajian baru mendapati, golongan yang sukar tidur malam berisiko enam kali lebih…
  • (Video) Rekod Layangan Kapal Terbang Kertas Terjauh Berjaya Dipecahkan
    10.04.2017 - 0 Comments
    Seorang pemain American Football telah berjaya memecahkan rekod dunia untuk jarak terjauh melayangkan…
  • COOL : Kini Psy Jutawan Youtube
    08.12.2012 - 0 Comments
    SEOUL: Klip video Gangnam Style bakal mencatat tontonan satu bilion kali di YouTube tidak lama…