Inilah Presiden Termiskin Di Dunia! ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 13 October 2012

Inilah Presiden Termiskin Di Dunia!



Inilah Presiden Termiskin Di Dunia!

Presiden Uruguay, Jose Mujica, mendapat gelaran unik, el presidente mas pobre (Presiden Termiskin) apabila dia menyumbangkan 90 peratus daripada gajinya kepada rakyat negara itu.


Bercakap kepada akhbar Sepanyol, El Mundo, semalam Mujica berkata dia menerima gaji AS$12,500 (RM38,132) sebulan tetapi dia hanya mengambil kira-kira 10 peratus atau AS$1,250 (RM4,575) untuk kegunaan sendiri.

“Ia mencukupi untuk saya dan keluarga, atau saya perlu mencukupkan keperluan dengan gaji sebegitu kerana ramai penduduk Uruguay yang hidup dengan pendapatan jauh lebih kecil daripada itu,” katanya.

Selain Mujica, 77, isterinya, Lucia Topolansky, 67, turut menyumbang pendapatannya sebagai senator kepada tabung negara.

Pasangan suami isteri itu menetap di sebuah rumah petani di Montevideo.

Mereka memiliki seunit kereta Volkswagen Beetle bernilai kira-kira RM6,000.

Mantan pejuang gerila itu menyertai politik dengan bergabung bersama parti aliran kiri sebelum terpilih sebagai presiden pada 2010.

Uruguay menjadi satu daripada negara paling rendah kadar rasuah di Amerika Selatan.

Selain digelar Presiden Termiskin, Mujica juga mendapat penghormatan ramai kerana dikenali sebagai Presiden Paling Pemurah.

Dia tidak memiliki akaun bank atau hutang, manakala sahabatnya yang paling baik ialah seekor anjing bernama Manuela.

Mujica bukanlah presiden pertama menyumbang gajinya untuk negara.

Presiden Amerika Syarikat (AS), John F Kennedy - berasal dari keluarga kaya - turut mendermakan sebahagian gajinya, manakala presiden ke-31 negara itu, Herbert Hoover, tidak pernah menerima sebarang wang daripada dana awam bagi mengelakkan dia dikaitkan dengan rasuah.

sumber

P/s :wujud juga presiden macam ni.bagusnya!! :)


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GILA !! Terus muflis angkara bank cuai
    20.02.2012 - 0 Comments
    WAN ISMAIL menunjukkan laporan polis dan penyata bank ketika ditemui Kosmo! di Ampang Jaya baru-baru…
  • Pembantu rumah dari indonesia menjadi jutawan dengan sekelip mata!!
    11.07.2012 - 0 Comments
    Arab Saudi – Seorang wanita warga Indonesia yang pada mulanya datang ke Arab Saudi untuk bekerja…
  • 12 FAKTA TENTANG AARON AZIZ YANG KORANG WAJIB TAHU
    14.03.2012 - 1 Comments
    1. Stage fright. Aaron seorang yang takut bila berada di atas pentas. 2. Sebelum makan, Aaron akan…
  • (Video) Chef Wan Nyaris Masuk Semak Gara-Gara Belajar Memandu Kereta Manual
    16.09.2015 - 0 Comments
    Normal lah kan kalau ada perasaan cuak dan “nervous” tu bila pertama kali belajar memandu, tambah lagi…
  • COOL : “Deo”, Gula-Gula Yang Membuatkan Badan Anda Menjadi Wangi
    01.12.2012 - 0 Comments
    Deo Perfume Candy mampu membuatkan semua orang yang memakannya mempunyai aroma seperti bunga mawar segar…