Najis Lembu Jana Elektrik ~ Bila Han Bercerita

Friday, 26 October 2012

Najis Lembu Jana Elektrik


Najis Lembu Jana Elektrik

LITTLETON: Najis lembu akan digunakan untuk memberi kuasa membolehkan peminat ski sampai ke sebuah pusat peranginan ski Vermont musim sejuk kali ini.

Pendekatan menggunakan najis lembu untuk menghasilkan elektrik itu adalah sebahagian daripada usaha kreatif pihak berkuasa yang menyedari kebaikan adanya banyak ladang ternakan di negeri ini.

Killington adalah antara pusat ski terbesar di New England. Pengusahanya bercadang menggunakan 300,000 kilowatt tenaga elektrik daripada najis itu daripada 13 ladang ternakan pada tahun ini.

Mereka mahu bekalan kuasa itu menggerakkan K-1 Express Gondola membawa peminat ski ke kemuncaknya setinggi 4,241 kaki, kata jurucakap pusat peranginan berkenaan, kelmarin.

Program tenaga kitar semula

Bekalan elektrik daripada najis haiwan itu disalurkan menerusi program tenaga dikitar semula di loji terbesar New England, Green Mountain Power.
Dimulakan pada 2004 oleh agensi Perkhidmatan Awam Pusat Vermont yang kemudian dibeli oleh syarikat induk Green Mountain Power pada tahun ini, pogram ‘kuasa lembu’ itu menghasilkan lima megawatt menerusi najis 10,000 daripada 270,000 ternakan di negeri ini.

Program itu menetapkan, najis akan dikumpul pada siang hari dan dicampur dengan air bersih daripada peralatan menghasilkan susu.

Pengendali program berkenaan memberitahu, mereka pada masa ini menggunakan 300,000 gelen najis sehari. – REUTERS

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GEMPAR !!Pemimpin Berpangkat Datuk Dapat BR1M
    18.02.2012 - 0 Comments
    Seorang pemimpin bahagian MCA di Pahang yang berpangkat Datuk turut menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia…
  • 6 Gadis Lari Rumah Gara-gara Mahu Berjumpa Dengan Shah Rukh Khan
    28.05.2017 - 0 Comments
    Enam gadis bersepupu sanggup melarikan diri dari rumah semata-mata mahu menyaksikan artis pujaan mereka,…
  • Fuhh Juruteknik ditipu hutang kad kredit RM70,000
    08.05.2012 - 0 Comments
    WAI FONG menunjukkan laporan polis mengenai terdapat pihak tertentu menggunakan kad pengenalannya untuk…
  • Kota Heracleion: Bandar Mesir Purba Yang Hilang Ditemui Selepas 1,200 Tahun
    23.05.2013 - 0 Comments
    Sebuah kota era Mesir purba iaitu Kota Heracleion telah ditemui oleh sepasukan ahli arkeologi selepas…
  • Beg tangan RM4,423 diguna untuk bawa ikan di pasar
    05.04.2017 - 0 Comments
    Taipei: Seorang wanita yang menghadiahkan beg tangan berjenama kepada neneknya terkejut apabila mendapati…