GILA : [Video] Guru Tadika Tampar Murid 120 Kali Dalam Masa 30 Minit ~ Bila Han Bercerita

Friday, 26 October 2012

GILA : [Video] Guru Tadika Tampar Murid 120 Kali Dalam Masa 30 Minit


cikgu tadika noob

BEIJING: Seorang guru prasekolah didapati mendera muridnya dengan menampar serta menendang mereka berkali-kali.

Perbuatan kejam itu terbongkar selepas aksi guru terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah pusat pendidikan di Taiyuan, utara Shanxi.

Melalui rakaman video selama 30 minit itu, guru terbabit dilihat menampar empat muridnya lebih 120 kali apabila mereka gagal menjawab soalan diberi.

Insiden itu disiasat selepas seorang daripada bapa murid terbabit - cuma dikenali sebagai Han kehairanan apabila muka anak perempuannya merah dan bengkak.

Media semalam melaporkan, Han pergi bertemu pentadbiran prasekolah berkenaan dan menuntut untuk melihat rakaman CCTV di situ.

Menurut Han, melalui rakaman berkenaan, dia melihat anaknya serta tiga kanak-kanak lain menjadi mangsa dera seorang guru.

“Dalam tempoh setengah jam, guru wanita terbabit menampar anak saya 43 kali, selain menendangnya dua kali,” katanya.

Mengenai tiga kanak-kanak lain, Han berkata, mereka masing-masing ditampar 43, 27 dan 10 kali dalam tempoh sama.

“Wanita itu tidak sepatutnya menjadi guru. Dia bukan manusia, tetapi jembalang!” katanya.

Menurut Han, bukan sekali anak perempuannya pulang dengan muka merah dan membengkak tetapi menyangka ia disebabkan kecederaan ketika bermain.

Melalui rakaman itu, Han berkata, guru matematik terbabit meminta anaknya mencampurkan dua angka lebih daripada 10.

Apabila anaknya mengaku tidak tahu, guru terbabit menamparnya. Sementara itu, media China melaporkan, guru wanita itu kini dipecat dari sekolah berkenaan.

mari kita saksikan rakaman video cctv dibawah


sumber

P/s:ni bukan Han gua.LOL.tapi ni memang serius matter.gile bullshit cikgu ni.kasi lempang kat muka dia sikit.aneh2 je dowh china ni..

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • CIRI-CIRI SUAMI MANJA PEREMPUAN WAJIB TAHU !!
    13.02.2012 - 1 Comments
    Dalam kehidupan seharian, kita tidak boleh lari dari perasaan cinta. Allah telah mencipta dua kaum di…
  • Gigi dijumpai didalam bekas kentang McD
    11.01.2015 - 0 Comments
    JEPUN - Sebuah portal berita melaporkan gigi manusia telah ditemui dalam bekas kentang goreng yang dijual…
  • Selera Pelik Pelari Jamaica - Usain Bolt
    13.08.2012 - 0 Comments
    PELARI Jamaica, Usain Bolt adalah tarikan utama dalam acara terhebat di dunia. Begitupun ketika anda…
  • Lelaki rompak bank guna sekeping kertas di Singapura
    14.07.2016 - 0 Comments
    Singapura: Polis Singapura memburu seorang lelaki yang merompak sebuah bank dan melarikan wang tunai…
  • Video: Trik Pakai Minyak Wangi Agar Tahan Lebih Lama
    13.05.2017 - 0 Comments
    Kebiasanya mereka yang memakai pewangi badan akan terus menyemburkan ia dibahagian ketiak, leher, baju dan…