Kemalangan maut GTR 35 & Skyline 34 akibat berlumba Di Kuantan ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 7 October 2012

Kemalangan maut GTR 35 & Skyline 34 akibat berlumba Di Kuantan

**UPDATE: GAMBAR KEMALANGAN GTR35 VS SKYLINE DI >SINI<

Kemalangan maut GTR 35 & Skyline 34 akibat berlumba Di Kuantan
gambar hiasan

KUANTAN: Empat maut manakala dua parah apabila dua buah kereta terbabas dan melanggar pokok di Jalan Haji Ahmad 1 menghala ke arah Semambu, awal pagi tadi.

Mangsa yang terbunuh dalam kemalangan 4 pagi itu ialah pemandu kereta jenis Nissan GTR, Tan Kah Yong, 24, dan penumpangnya Bao Shanshan yang merupakan seorang warga China.
Manakala dua lagi ialah pemandu kereta Nissan Skyline iaitu Go Haw Wei, 20, dan penumpangnya Koay Khor Liang, 21.

Dua yang cedera juga merupakan warga China yang berada di dalam kereta Nissan GTR berkenaan.


Menurut Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, ASP Zainalabidin Othman, kedua-dua kereta itu datang dari arah Kuantan menuju Semambu dan dipercayai terbabas dan melanggar pokok.


"Pemandu kereta Nissan GTR itu sedang membawa tiga warga China yang bekerja di sebuah Spa di sini. Mengikut siasatan awal, kedua-dua kereta terbabit dipandu laju dalam keadaan jalan basah berikutan hujan," katanya.

Semua mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. - Bernama

P/s :berhati2 dijalan raya.takyah la sampai berlumba bagai.huhu

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • WOW !! Pemandu teksi dapat tambang RM4,785
    25.03.2012 - 0 Comments
    HAMPSHIRE - Seorang pemandu teksi di Britain, Bob Ransley mendapat 'durian runtuh' apabila dia dibayar…
  • Inilah Rumah Hantu Yang Terbesar Dan Menakutkan Di Dunia
    04.12.2012 - 0 Comments
    Rumah hantu yang terletak di negara matahari terbit iaitu Jepun ni telah diakui oleh Guiness Book of…
  • COOL !! CARA PALING BERKESAN UNTUK BANGUN PAGI
    09.03.2012 - 0 Comments
    Tips yang sangat berguna untuk anda semua.hehe okay cool is'nt ? sumber-9GAG
  • Video: Meskipun Bra Terlucut Secara ‘Live’ , Artis K-Pop Ini Tetap Menari
    09.05.2017 - 0 Comments
    Salah seorang anggota kumpulan DIA, Eunjin, mengalami pengalaman memalukan apabila baju dalamnya…
  • Remaja 16 Tahun Jana Pendapatan Sebanyak RM260,000 Dengan Hanya Beri Nama Anak Dalam Bahasa Inggeris
    05.05.2017 - 0 Comments
    Dengar seperti tidak masuk akal apa yang dilakukan kerana ia hanya boleh dilakukan dengan hanya logik…