Petua Untuk Mematahkan Sihir ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 7 October 2012

Petua Untuk Mematahkan Sihir


Petua Untuk Mematahkan Sihir


Pilihan 1: Sentiasa berada dalam wuduk sepanjang hari. Selagi kita dalam berwuduk selagi itulah sihir tidak dapat menembusi.

Pilihan 2: Amalkan selalu minum air limau nipis. Baca 3 Qul dan selawat syifak, minum air tersebut dan baki ¼ nya siram air tersbut ke atas kepala. Jika sihar yang baharu kena akan gugur.

Pilihan 3: Amalkan mandi limau nipis sebanyak 7 biji. Potong limau tersebut dan campurkan sedikit garam bukit. Gaulkan campuran tersebut. Mandi pakai kain basahan, tutup lubang tandas jika bilik air ada tandas. Jika bilik air sekali dengan tandas, baca ayat kursi dalam hati siram air limau tadi bermula dari kepala ke bawah. Ambil limau nipis yang dipotong tadi gosokkan bermula dari kepala ke bawah. Lepas mandi kain basahan jangan diperah dan badan jgn dilap biarkan dia kering sendiri. Lepaskan kain basahan ke bawah jangan membuang kain basahan ke atas. Limau nipis lepas mandian tadi dipungut dan dibuang ke dalam sungai di mana airnya mengalir. Amalan ini patut diamal seminggu sekali. Jika istiqamah mengamal amalan ini, sukar terkena sihir/buatan manusia jahat. Amalan ini juga elok diamalkan bila badan rasa lemah dan bila terasa nak demam. Limau nipis dan garam mempunyai aura tersendiri yang menggetarkan gelombang yang tidak disukai oleh makhluk halus. Dengan itu ia akan keluar dari badan kita. Dengan kata lain jika kita di sihirkan, sihir akan gugur.

Pilihan 4: Amalkan menbaca surah Al Jin setiap malam.

Pilihan 5: Wirid Bismillah 7, sebanyak 3 kali lepas subuh dan Asar.

Pilihan 6: Untuk mengelak rumah disihir ambil segenggam garam baca 3 Qul dan tabur garam tersebut di hadapan pagar depan dan belakang rumah anda.

Pilihan 7: Tidur dengan berwuduk dan membaca 3 Qul lalu disapu ke seluruh badan, kecuali kawasan kemaluan, untuk memagarkan diri.

sumber petua perubatan islam

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Harga rumah di Malaysia mahal berbanding negara maju
    23.11.2014 - 0 Comments
    Purata harga rumah di Malaysia tidak berada dalam kategori mampu milik kerana ia adalah 5.5 kali ganda…
  • Wang cacat yang bernilai 100Yuan/(RM60) ini kini bernilai jutaan dolar
    12.07.2015 - 0 Comments
    Beijing: Seorang ahli perniagaan di Wuhu terkejut apabila mendapati wang kertas cacat 100 yuan (RM60)…
  • Inilah Gaun Pengantin Paling Mewah Di Dunia
    02.01.2015 - 0 Comments
    SEJAK tiga tahun lalu, tukang jahit  Gail Be,57, dari Edina di Minnesota, Amerika Syarikat mula…
  • Pemenang Anugerah Penipuan Online Terbaik
    26.01.2012 - 0 Comments
    PEMBERITAHUAN PENTING:- BERHATI-HATI DENGAN LELAKI INI. DIA SUKA MENYAMAR DAN MENIPU DUIT…
  • Pelik ! Wanita Ini Jual kentut di eBay
    21.12.2014 - 0 Comments
    Laman web ebay merupakan antara laman web jual beli paling popular di dunia. Boleh dikatakan apa sahaja…