Kapal mewah peninggalan Steve Jobs ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 30 October 2012

Kapal mewah peninggalan Steve Jobs


Kapal mewah peninggalan Steve Jobs
GAMBAR yang dirakamkan daripada YouTube semalam menunjukkan kapal mewah Venus sepanjang 80 meter.

NEW YORK - Pencapaian terakhir pengasas bersama firma komputer Apple di Amerika Syarikat, Steve Jobs (gambar) sebelum beliau meninggal dunia ialah sebuah kapal sepanjang 80 meter, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.

Namun, Jobs tidak berpeluang menggunakan kapal itu kerana ia baru disiapkan pada bulan ini, setahun selepas kematiannya.

Ia yang dibina sebuah syarikat pembinaan kapal di Belanda diberi nama Venus.

Kos pembinaan kapal berkenaan tidak dapat dipastikan.

"Saya tahu, saya mungkin meninggal dunia dan meninggalkan isteri saya, Laurene bersama sebuah kapal yang separuh siap," kata Jobs kepada penulis biografi, Walter Isaacson.

Jobs yang meninggal dunia pada Oktober 2011 akibat komplikasi kanser pankreas tidak sempat melihat kapal berkenaan siap sepenuhnya.

Keluarga Jobs memberikan alat pemain muzik iPod Shuffle kepada setiap kru yang membantu membina kapal tersebut.

Antara peralatan canggih yang terdapat dalam kapal itu ialah komputer iMac. - Agensi
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Gadis Thailand ini enggan jadi 
anak angkat Kim Kardashian
    23.11.2014 - 0 Comments
    LOS ANGELES 20 Nov. – Seorang gadis yang menetap di sebuah penempatan miskin di Thailand, membuat…
  • GST Dikenakan Bagi Sesetengah Perkhidmatan Urusan Bank
    19.12.2014 - 0 Comments
    Pelanggan bank perlu membayar caj tambahan untuk beberapa perkhidmatan urusan bank sebaik sahaja Cukai…
  • Zed Zaidi Tidak Matang, Kata Aaron Aziz
    10.04.2012 - 0 Comments
    **Sebelum ni Han ada buat entri lama berikutan isu twitter zed zaidi di SINI..dan ini balas Aaron…
  • COOL : Bandar Yang Tenggelam Selepas Kejadian Gempa Bumi 5 Tahun Lalu Muncul Semula Di China
    15.09.2013 - 0 Comments
    Koleksi gambar-gambar ini menunjukkan pemandangan menakjubkan sebuah bandar yang secara keseluruhannya…
  • VIDEO : Siti Nordiana Juara Gegar Vaganza Musim Kedua
    14.12.2015 - 0 Comments
    Siti Nordiana diumumkan juara pertandingan akhir program Gegar Vaganza musim kedua (GV2) yang diadakan…