Socialmatic: Kamera Instagram Menjadi Kenyataan ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 13 October 2012

Socialmatic: Kamera Instagram Menjadi Kenyataan

Instagram

Instagram merupakan sebuah syarikat yang semakin popular dengan aplikasi mengubahsuai gambar dan perkhidmatan perkongsian..Kini, sesiapa sahaja yang mempunyai telefon pintar seperti iPhone atau Android boleh mengambil gambar, mengubahsuai dan berkongsi gambar tadi di Facebook, Twitter atau di akaun laman web Instagram mereka..

Dengan kamera Instagram, Socialmatic yang baru dicipta ini, korang mungkin mampu untuk melakukan semua itu dan mencetak korang dengan serta merta..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..

Socialmatic: Kamera Instagram Menjadi Kenyataan

Kamera ini mungkin kelihatan agak berbeza berbanding dengan kamera lain yang dijual di pasaran. Berikut merupakan spesifikasi kamera Socialmatic tersebut:

- Display: Skrin sesentuh berukuran 4.3 inci.
- Kamera: Optical zoom, pancaran cahaya LED untuk menangkap gambar berukuran 1:1 seperti di dalam aplikasi.
- Resolusi: Tidak dinyatakan lagi.
- Memori: 16GB dan 32GB
- Connectivity: WiFi atau WiFi+3G
- Perkongsian: semua laman media sosial, e-mail dan MMS.
- Kamera ini berfungsi dengan menggunakan sistem operasi Android yang telah diubahsuai yang kelihatan hampir sama seperti Samsung’s Touchwiz UI atau HTC’s Sense.

Ciri-ciri unik yang ada pada kamera ini ialah kebolehannya untuk mencetak gambar dari kamera itu sendiri tanpa perlu disambungkan kepada pencetak.

Gambar yang dicetak oleh kamera tersebut akan mempunyai pelekat di bahagian belakang dan kod QR di bahagian hadapan bagi membolehkan jurugambar tersebut meletakkan hasil seni mereka di mana-mana sahaja agar boleh dilihat oleh orang lain serta mengimbas kod QR tersebut sekiranya mahu melihat hasil kerja yang lain.

Kamera Instagram Menjadi Kenyataan

Kamera Instagram Menjadi Kenyataan

Socialmatic: Kamera Instagram Menjadi Kenyataan

Socialmatic: Kamera Instagram Menjadi Kenyataan

sumber

P/s : Klau korang follow up blog aku.aku pernah buat entri lama tentang sekiranya instagram menghasilkan kamera.boleh refer >SINI< dan yes.ianya dari ADR STUDIO yang mana menghasilkan socialmatic neh juga..mungkin masa aku buat entri lama tu dia buat instagram kamera versi beta kot.ngehehe.papepon try la angkat satu dan buat review.LOL

Share:

Related Posts:

4 comments:

  1. Best juga kalau ada kamera sebegini.

    ReplyDelete
  2. @kak mah.memang best sangat.tapi belum sampai lagi di Malaysia.hehe :)

    ReplyDelete
  3. wahh..nampak cam best jekk..hehe

    ReplyDelete
  4. @Mira Maisara,ngehehe.tu la,mcm best jer.apa lagi,bila sampai malaysia.cepat2 beli dan buat review :P

    ReplyDelete

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Cara – Cara Nak Troll?
    29.01.2012 - 0 Comments
    sesiapa yang nak troll kawan2,meh aku ada step2nya.sila la ikut step by step Hai,lama duk…
  • 5 Kebaikan Memakan Makanan Pedas
    25.08.2016 - 0 Comments
    1. Menurunkan berat badan  Menurunkan berat badan. Siapapun pasti setuju, makanan apapun kalau…
  • Samsung Berkongsi Senarai Peranti Yang Bakal Menerima Android 4.1 Jelly Bean
    04.10.2012 - 2 Comments
    Kepada pengguna telefon pintar android.ini berita baik buat korang.Bagi pengguna samsung yang menggunakan…
  • Petua Nak Hilangkan Bintik Hitam Pada Pakaian
    15.04.2017 - 0 Comments
    Kalau pakaian korang ada jeragat atau bintik hitam kecil yang banyak, ketahuilah itu sebenarnya kulat…
  • [Video] : Kenapa Panda Berwarna Hitam Putih?
    16.05.2017 - 0 Comments
    Sekumpulan penyelidik dari UC Davis dan Universiti Negeri California telah menjalankan satu kajian. Mereka…