COOL GILA !! Kereta Api Harimau Malaya Transformasi Baru KTMB ~ Bila Han Bercerita

Wednesday 15 February 2012

COOL GILA !! Kereta Api Harimau Malaya Transformasi Baru KTMB


JOHOR BAHRU: Kecekapan sistem kereta api di Jepun dan Jerman menjadikan dua negara itu antara yang terbaik di dunia dari segi kelancaran sistem trafik jalan raya.
Bagaimanapun senario ini tidak berlaku di Malaysia, di mana pengguna masih memilih kenderaan sendiri daripada pengangkutan awam.
Bagi memastikan penggunaan pengangkutan awam berada pada tahap optimum, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mempelbagaikan pilihan pengangkutan kereta api bagi menarik minat mereka untuk menggunakan kemudahan pengangkutan awam.
Pada 2010, terdapat 14 gerabak yang di panggil 'Blue Coach' menerusi sumbangan kerajaan Jepun.
Gerabak-gerabak itu sampai di Malaysia pada 9 Disember 2010, menunjukkan tanda perubahan yang positif bagi KTMB.
Teknologi perkhidmatan kereta api di Jepun sememangnya diakui antara yang tercanggih dan termaju di dunia dan sumbangan itu merupakan penghormatan besar kepada Malaysia dan KTMB.
Adalah mengagumkan melihat bagaimana negara matahari terbit ini mengekalkan fungsi gerabak kereta api itu yang telah menjangkauusia lebih 40 tahun.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha (kiri) menampal pelekat selepas merasmikan Malayan Tiger Train (MTT) di Stesen Keretapi JB Sentral, baru-baru ini. Turut sama, Duta Besar Jepun ke Malaysia, Nakamura Shigeru (tengah) dan Presiden KTMB Dr. Aminuddin Adnan (kanan). Foto BERNAMA.
Malayan Tiger Train.
Gerabak itu telah diubahsuai selari dengan jata negara ini iaitu 'Harimau Malaya', kata Pengurus Pemasaran KTMB Mohd Noordin Kimi yang ditemubual sempena majlis pelancaran gerabak baru itu oleh MenteriPengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, baru-baru ini.
"Kami mencadangkan nama ini kerana mengambil konsep gerabak itu yang melaluilandasan kereta api di kawasan pantai timur Semenanjung seperti Pahang dan Kelantan, di mana Harimau Malaya mendiami habitat di kawasan hutan itu.
"Di Jepun, ia dikenali sebagai 'Blue Coach' kerana berwarna biru tetapi kami mahu namanya diubahsuai supaya orang ramai mengenali gerabak itu sebagai gerabak KTMB," katanya.
Mohd Noordin yang berkhidmat dengan KTMB selama 31 tahun berkata, gerabak itu muladibangunkan oleh kerajaan Jepun pada tahun 1970.
Gerabak-gerabak itu masih berada dalam keadaan baik apabila tiba di Malaysia.
"Kita telah melakukan penambahbaikan serta pengubahsuaian yang menelan belanja kira-kira RM7 juta, termasuk menukar ciri-ciri budaya Jepun yang ada pada gerabak itu dan menggantikannya dengan ciri-ciri masyarakatMalaysia," katanya.
Bagaimanapun Noordin berkata, beberapa tulisan Jepun yang ada pada dinding gerabak bagi mengekalkan identiti asal negara pembuatnya, dikekalkan.
"Kita masih mengekalkan sebahagiannya (tulisan Jepun) kerana sebagai penghargaan kepada kerajaan Jepun.
"Tulisan ini mungkin akan ditukar pada masa akan datang, tetapi buat masa ini, kita mengekalkannya bagi membolehkan masyarakat tahu akan asal usul gerabak ini.
Gerabak "Blue Coach" dari Jepun kini diwarnakan biru-oren dan dinamakan sebagai "Harimau Malaya" selari dengan jata negara Malaysia.
Beroperasi Di Pantai Timur
Menurut Mohd Noordin, 14 gerabak itu yang berbeza daripada gerabak lain yang dimiliki KTMB kerana ia mempunyai ciri-ciri reka bentuk yang lebih lebar dan tinggi.
"Justeru itu, gerabak berkenaan tidak sesuai beroperasi di Pantai Barat Semenanjung kerana landasan kereta api di Pantai Barat mempunyai kabel elektrikuntuk perkhidmatan komuter. Amat berbahaya apabila ia beroperasi di sana.
Mohd Noordin berkata, gerabak itu memulakan ujian percubaan secara rasmi pada 16 Disember 2011 melibatkan laluan dari Johor Baharu Sentral (JB Sentral) ke stesen keretapi Tumpat.
Ujian percubaan itu bagi memastikan gerabak berkenaan tidak mengalami masalah terutama pada hari pelancaran.
Tarikan Pelancong
Noordin yakin dengan adanya gerabak sedemikian, maka ia membuka peluang untuk memajukan lagi kawasan Pantai Timur yang sebelum ini agak ketinggalan dari segi pembangunan infrasktruktur.
"Berita mengenai kereta api ini akan mula beroperasi di negara ini, mula tersebar luas kepada pelancong, terutama dari Jepun.
"Perkhidmatan itu juga mampu menjadi tarikan pelancong ke kawasan Pantai Timur," katanya. Perkhidmatan kereta api itu berjalan sekali sehari dengan tujuh gerabak.
Jadual perjalanan Tren KTMB Intercity menunjukkan dua servis dari Tumpat ke Woodlands, Singapura. Tiket untuk perjalanan yang sama tidak lama lagi dengan koc keretapi biru yang bakal diberi nama keretapi Harimau Malaya berpatutan harganya, antara RM49 hingga RM150.
Pengalaman Berbeza.
Penulis berpeluang berada di dalam gerabak itu selama dua hari satu malam, dan mendapati, memang benar seperti apa yang diperkatakan seperti ruang makan yang luas.
Ia turut menyediakan perkhidmatan katil yang selesa untuk percutian keluarga.
Gerabak itu turut menyediakan ruang tidur untuk empat orang dengan katil bertingkat dan kerusi di tepi tingkap untuk penumpang menikmati pemandangan di luar.
"Kami akan membuat penambahbaikan pada masa akan datang iaitu dengan menyediakan ruang anjung yang membolehkan penumpang menikmati pemandangan luar kereta api.
"Bagi kerusi penumpang pula kami sediakan tempat makan dan akan mengubahsuai tandas," katanya.
Mohd Noordin berkata, harga tiket yang ditawarkan ialah antara RM49 hingga RM150 untuk satu perjalanan. - BERNAMA
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...