[WAJIB TAHU] Kesan buruk jika menindik di alat sulit dan puting ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 28 February 2012

[WAJIB TAHU] Kesan buruk jika menindik di alat sulit dan puting

Kesan buruk jika menindik di alat sulit dan puting



Beberapa gangguan yang dialami berdasarkan tempat tindikan adalah:

1. Tindikan di bahagian mulut atau lidah boleh menyebabkan kesulitan bercakap dan makan, pengeluaran air liur yang berlebihan dan gangguan pada gigi.
Tindikan di mulut dan hidung boleh tersedut bahkan masuk ke dalam badan sehingga memerlukan operasi untuk mengambil tindikan.

2. Tindikan di puting dapat mengoyakkan kulit. Gangguan galaktorea atau air susu yang mengalir tiba-tiba dari payudara juga boleh disebabkan oleh menindik puting.

Wanita yang sedang hamil atau menyusui dan mempunyai tindik atau ingin ditindik sebaiknya menyedari komplikasi langka yang dapat mempengaruhi dirinya sendiri atau anaknya.

3. Tindik pusat, menindik bahagian tubuh ini sangat memungkinkan terjadinya jangkitan kerana iritasi dari pakaian ketat yang digunakan. Hal ini kerana kulit pusat merupakan bahagian yang sangat sensitif.

3. Tindikan di kelamin boleh menyebabkan kemandulan kerana jangkitan, mengahalangi jalannya air seni, hingga menyebabkan parut.
Pada lelaki, priapism atau rasa sakit ketika ereksi boleh terjadi akibat tindikan di kelamin.

4. Tindik alis, menindik bahagian tubuh ini sangat berisiko jika tidak dilakukan di tempat yang tepat. Tindik harus dilakukan pada sudut 40 darjah dari sudut luar mata. Jika tempatnya tidak tepat maka berisiko mengalami kerosakan saraf, kerana bahagian tersebut mengandungi 3 saraf supra orbital besar.

5. Tindik telinga bahagian atas, menindik bahagian telinga tersebut lebih berbahaya kerana terdapat tulang rawan disepanjang tepi telinga. Jika berlaku jangkitan di bahagian tulang rawan tersebut akan lebih sukar untuk diubati dan boleh mencetuskan kecacatan pada telinga.

Jaimee Holbrook, MD, pakar dermatologi di Northwestern University
Sumber
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...