KEMANA ROH KITA SEBAIK KELUAR JASAD ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 21 February 2012

KEMANA ROH KITA SEBAIK KELUAR JASAD


KEMANA ROH KITA SEBAIK KELUAR JASAD


Menurut Ibn Qayyum, tatkala ROH keluar dari JASAD, mereka akan terbahagi kepada dua kelompok.

Kelompok pertama adalah ROH LALAI, yakni orang Islam yang tidak solat dan jarang beramal soleh tetapi menyangka mereka jauh lebih baik dari orang yang beramal soleh dan sering pula menghina para ulama yang tidak sehaluan dengan mereka selain orang-orang kafir, manakala kelompok kedua adalah ROH BERIMAN.

ROH LALAI, sebaik keluar dari jasad akan terus diperlihatkan neraka jahannam dan mereka terperanjat lalu menangis ketakutan seraya berkata:"Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal soleh) untuk hidupku ini" (Al Fajr:24)

Sedang ROH BERIMAN, sebaik keluar dari jasad terus dibawa melalui 7 lapisan langit dengan haruman kasturi sehingga berpandangan para penghuni langit seraya memberi salam kepada roh itu. Dibawa malaikat Izrael sehingga roh itu berhadapan dengan Allah Swt, lantas Allah berfirman:

Hai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku (29) dan masuklah ke dalam syurga ku (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)

Selepas melihat balasan syurga yang bakal diterimanya pada hari kiamat kelak, roh dibawa semula kepada jasad ketika proses mengkafan jenazah, dan kemudian dibawa ke kubur untuk SOAL KUBUR.

Mati itu benar, soal kubur itu juga benar.


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • DALAM DIRI KITA ADA KEBESARAN TUHAN ??
    25.01.2012 - 0 Comments
    Dr Jamnul Azhar memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang…
  • GILA !! Lori minyak kemalangan,Penduduk berebut minyak masak ‘percuma’
    11.04.2012 - 1 Comments
    ORANG ramai berebut mendapatkan minyak masak ‘percuma’ daripada sebuah lori tangki yang kemalangan di…
  • COOL : Inilah Aplikasi Paling Berguna Untuk Jejak Si Pencuri Telefon Pintar Anda
    15.09.2014 - 0 Comments
    Kes-kes telefon pintar hilang kini telah menjadi kes yang biasa kita dengar, sama ada atas kecuaian diri…
  • Petua Mencari Lelaki Yg Baik
    20.01.2012 - 0 Comments
    1. Yang berkemampuan. 2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada…
  • Professor lost his job and got heavy penalty due to having a second child
    02.03.2012 - 0 Comments
    Yang Zhizhu, shown here in front of the Beijing Youth Politics College, was fired by the institute…