GEMPAR !! Rumah Nabil (Raja Lawak) Dimasuki Perompak ~ Bila Han Bercerita

Wednesday 29 February 2012

GEMPAR !! Rumah Nabil (Raja Lawak) Dimasuki Perompak

Rumah Nabil (Raja Lawak) Dimasuki Perompak


SEREMBAN: Kediaman pelawak dan pelakon terkenal, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil (Raja Lawak) dipecah masuk perompak dalam satu kejadian di Kampung Masjid, Mambau, di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.55 pagi ini, perompak berkenaan bertindak memecah masuk rumah itu melalui sebuah daripada bilik rumah yang kini didiami keluarga bapa saudaranya.

Menurut bapa saudara pelakon itu, Rahmat Abdul Latiff, 55, kejadian disedarinya sebaik pulang ke rumah berkenaan selepas menghantar anak perempuannya ke tempat kerja di sebuah pusat beli belah berhampiran.

Katanya setelah diperiksa, penjenayah berkenaan didapati melarikan komputer riba milik anaknya yang berharga RM3,000.

"Kejadian ini yang pertama berlaku dan saya baru sahaja menetap dua bulan di rumah ini selepas Nabil bersama ahli keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. BERNAMA

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...