Permainan paling popular zaman ini, Angry Birds kini boleh dimainkan di Facebook selepas pelancaran rasminya di Jakarta.
Pengumumannya telah dibuat melalui Fan Page Angry Birds yang mempunyai 15,475,543 peminat.

Angry Birds telah dimuat turun lebih 700 juta kali sejak pelancarannya pada Disember 2009. Dengan kerjasama Facebook yang mempunyai 800 juta pengguna, mungkin jumlah muat turun akan capai angka 1 billion tidak lama lagi.
Bagi yang ingin mencuba permainan Angry Birds di Facebook, boleh bermain di sini.
P/S: AWAS! Permainan ini boleh menyebabkan ketagihan… Syarikat permainan yang membangunkan Angry Birds, Rovio dilaporkan kini bernilai $1 billion. Syabas diucapkan.
0 comments:
Post a Comment