COOL !! Trafik Yahoo! Malaysia Meningkat 600% ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 22 February 2012

COOL !! Trafik Yahoo! Malaysia Meningkat 600%


Trafik Yahoo! Malaysia Meningkat 600%

KUALA LUMPUR – Yahoo! baru-baru ini mengumumkan pengembangan integrasinya dengan rangkaian sosial Facebook iaitu Social Bar diperluaskan ke seluruh pasaran Asia Tenggara dan India.

Ketua Pegawai Produk Yahoo!, Blake Irving berkata, dengan pelancaran tersebut pengguna Yahoo! termasuk di Malaysia kini boleh berhubung dan menambah rakan diseluruh dunia.

“Yahoo! mencapai 72 peratus daripada jumlah pengguna Internet di Malaysia. Pelancaran terkini ini menandakan fasa baharu dalam perhubungan Yahoo! dengan Facebook dan satu pencapaian dalam strategi Yahoo! untuk meningkatkan pengalaman sosial dan peribadi,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Irving berkata, sejak pelancaran Social Bar pada September tahun lalu menyaksikan trafik daripada Facebook kepada Yahoo! meningkat dengan ketara.

Menurutnya, sejak pelancaran Social Bar secara global, lebih 22 juta orang telah menyertainya lantas meningkatkan rujukan dari Facebook kepada Yahoo!.

Tambahnya, situasi tersebut juga membawa pengikut bersosial yang lebih muda iaitu berusia antara 18 hingga 34 tahun kepada Yahoo!.

“Di Malaysia pula sejak pelancarannya pada bulan Disember tahun lalu, trafik ke Yahoo! meningkat lebih 600 peratus,” katanya lagi.

sumber
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...