Sunday, 19 February 2012
Home »
» GILA !!Tembaga RM190,000, CCTV stesen janakuasa elektrik lesap
GILA !!Tembaga RM190,000, CCTV stesen janakuasa elektrik lesap
SEREMBAN – Sekumpulan pencuri memecah masuk sebuah stesen janakuasa elektrik yang belum beroperasi berhampiran Stesen Komuter Senawang di sini dan melarikan komponen tembaga bernilai kira-kira RM190,000.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin berkata, tidak cukup dengan itu, kamera litar tertutup (CCTV) di stesen itu turut dilarikan.
Katanya, kejadian itu disedari dua pekerja yang menyelia stesen berkenaan ketika tiba di situ pada pukul 9 pagi kelmarin.
“Dua pekerja tersebut terkejut apabila melihat komponen elektrik di stesen berkenaan sudah dileraikan dan komponen tembaga hilang manakala CCTV turut dilarikan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Ujarnya, kali terakhir pekerja memeriksa stesen itu adalah pada 20 Januari lalu.
Menurutnya, pencuri terbabit memotong pagar untuk memasuki stesen berkenaan.
sumber
loading...
0 comments:
Post a Comment