Tun Mahathir Pandu Uji Proton Baru, P3-21A / Tuah / Espire. Akan Dilancar Mei 2012? ~ Bila Han Bercerita

Tuesday 14 February 2012

Tun Mahathir Pandu Uji Proton Baru, P3-21A / Tuah / Espire. Akan Dilancar Mei 2012?

preve

Pada bulan Disember yang lalu, kami telah memaparkan berita mengenai Proton Baru yang diberikan kod P3-21A (atau Proton Tuah semasa KLIMS 2010) yang mana pada jangkaan pada masa itu akan dilancarkan pada bulan ini,Februari 2012.

Ada di antara kita, telah pun menangguhkan pembelian kereta semata-mata untuk menunggu kemunculan Proton P3-21A ini yang dikatakan memberi kelainan berbanding model-model Proton sebelum ini. Menariknya, semalam (7 Februari 2012), mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir melalui blog beliau,Chedet, telah mendedahkan beberapa spefikasi utama pada model baru tersebut.

Bahkan, beliau juga turut memberi jaminan bahawa model baru tersebut dapatmenandingi kualiti kereta keluaran negara Jepun dan Eropah berdasarkan kepada pandu uji yang telah dilakukan oleh beliau sendiri di trek ujian kereta, Shah Alam.

Berikut merupakan ringkasan spefikasi utama Proton Baru, P3-21A berdasarkan pendedahan beliau:


  • Enjin 1.6 liter Turbo yang berkuasa seperti enjin 2.0 liter serta mematuhi piawaian Euro-Five
  • Vehicle Seek Lamp
  • Wiper Auto Speed
  • Auto side door folding mirror
  • Push Button Start / Stop
  • Sensors for Automatic Wiper and Headlamp
  • GPS Antenna for Navigation System
  • Impact Sensing Door Lock
  • Continuous Variable Transmission (CVT)
  • Security Alarm System, Immobiliser and Central Locking
  • Shift Lever with Tiptronic Mode and Paddle Shifter on Steering Wheel  (bagi mod Automatik)
  • ABS & BA (Brake Assist)


Tun M juga telah mendedahkan bahawa model baru ini dijangka akan dilancarkan dalam tempoh 3 bulan, iaitu Mei 2012. Walaupun pada jangkaan awal akan dilancarkan pada bulan ini, namun ia mungkin ada kaitan dengan pengambilalihan oleh DRB-Hicom baru-baru ini.

Imej gambar model baru ini juga semakin banyak yang didedahkan sejak akhir-akhir ini termasuklah imej rekaan semula berdasarkan gambar leaks. Terbaru adalah imej dari blog Funtasticko Design yang memaparkan imej bahagian belakangmodel baru ini.

Tun Mahathir Pandu Uji Proton Baru, P3-21A / Tuah / Espire. Akan Dilancar Mei 2012?

Tun Mahathir Pandu Uji Proton Baru, P3-21A / Tuah / Espire. Akan Dilancar Mei 2012?


P/s :apa korang rasa?

Share:

1 comment:

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...