Cucu kapada penyanyi rock terkenal Amy Search iaitu Keisha sangat mencuit hati dan comel apabila beraksi di depan kamera.
Anak kepada Nabila Huda ini juga kelihatan seperti ibunya yang pandai bermain dengan kamera apabila aksinya diketik oleh lensa kamera.
Daripada foto-foto yang Murai Batu kongsikan ini, Keisha seperti sudah ada asas untuk mengayakan pakaian dan sikapnya.
Apa-apa pun, masa depan anak Abel terletak di tangan ibunya, bagaimana nak mencorakkan anaknya itu.
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Murai Batu turut terpegun melihat aksi Keisha ini.
0 comments:
Post a Comment