(Video) Kacau Isteri Petinju, Sekumpulan Samseng Terima Padah ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 22 November 2014

(Video) Kacau Isteri Petinju, Sekumpulan Samseng Terima Padah

Kacau Isteri Petinju, Sekumpulan Samseng Terima Padah


SEORANG petinju profesional Rusia membelasah sekumpulan samseng selepas mereka mengganggu isterinya.

Nicolai Vlasenko, 29, melihat sekumpulan lelaki mengganggu isterinya sebaik sahaja dia keluar daripada tandas dan meminta agar tidak berbuat demikian.

Tidak berpuas hati dengan teguran tersebut, kumpulan tersebut mengajak Vlasenko keluar dari kelab untuk berbincang lebih lanjut.

Salah seorang ahli kumpulan tersebut, Leonti Yevdokimov,33, mendakwa dirinya sebagai ketua kumpulan dan turut memberitahu bahawa kumpulan mereka menguasai sebuah bandar di Rusia.

Selain berpengalaman sebagai petinju, Vlasenko juga mempunyai kelebihan dalam seni mempertahankan diri.

Salah seorang kumpulan samseng itu menarik baju Vlasenko sebelum dia bertindak menghayunkan buku limanya ke dada lelaki itu.

Malah seorang lagi samseng yang cuba melawan turut dijatuhkan Vlasenko, manakala lelaki ketiga ditampar dimuka.

Selepas melihat tiga rakannya dibelasah Vlasenko, beberapa lagi ahli samseng itu terus beredar.

Ahli kumpulan samseng yang dibelasah itu kemudiannya melantik peguam dan melaporkan kepada polis bahawa mereka diserang oleh Vlasenko.

Bagaimana pun pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan selepas menonton rakaman CCTV yang menyaksikan kumpulan tersebut memulakan pergaduhan terlebih dahulu.

Manakala peguam kepada Vlasenko berkata: "Vlasenko bertindak kerana mereka mengganggu isterinya.

"Dia bersedia untuk berbincang dengan baik ketika di luar kelab, namun mereka menolaknya terlebih dahulu sebelum dia memukul kumpulan itu sebagai tindakan mempertahankan diri".



sumber

P/s :ngehehe.hambek kauu


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Random Posts

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...