Celcom Menjual iPhone 6 Dengan Harga RM6 Kepada 6 Orang Pembeli Terawal ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 6 November 2014

Celcom Menjual iPhone 6 Dengan Harga RM6 Kepada 6 Orang Pembeli Terawal

Celcom Menjual iPhone 6 Dengan Harga RM6 Kepada 6 Orang Pembeli Terawal


Subang: Penat menunggu hampir 30 jam ternyata berbaloi bagi enam pembeli pertama iPhone 6 yang ditawarkan Celcom Axiata Berhad (Celcom) apabila syarikat telekomunikasi terbabit membuat kejutan dengan menjual peranti terbabit pada harga hanya RM6 seunit.

Enam individu terbabit yang mempunyai latar belakang berbeza mula beratur seawal jam 6 petang pada 5 November 2014 meskipun kaunter jualan hanya dibuka jam 12.01 tengah malam pada 7 November 2014.

Pembeli pertama, Max Liew Zi Yi, 24, memaklumkan beliau sanggup beratur awal untuk mendapatkan iPhone 6 64GB warna perak yang diidamkannya sejak diumumkan Apple dua bulan lalu.

"Penat tapi ternyata berbaloi," katanya.

Celcom Menjual iPhone 6 Dengan Harga RM6 Kepada 6 Orang Pembeli Terawal

Sementara itu, pembeli kedua, Sofrizalee Hardwick, 34, sanggup terbang dari Sabah semata-mata untuk beratur mendapatkan gajet baru Apple itu.

"Saya tiba di Kuala Lumpur dua hari lalu kemudian terus berkampung untuk mendapatkan iPhone 6 yang ditunggu," katanya.

Selain Celcom, dua lagi syarikat telekomunikasi, Maxis Berhad dan DiGi Telecommunications Sdn Bhd turut membuka kedai sehingga lewat malam di lokasi terpilih.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...