Zizan Razak Jawab Isu Disaman Lebih RM 500 ribu ~ Bila Han Bercerita

Friday 14 November 2014

Zizan Razak Jawab Isu Disaman Lebih RM 500 ribu

Zizan Razak Jawab Isu Disaman Lebih RM 500 ribu


Hari ini kecoh mengenai jumlah tuntutan saman bernilai lebih setengah juta ringgit daripada bekas syarikat pengurusan , Wire Fame Entertainment Sdn Bhd terhadap pelakon, pelawak dan penyanyi berkenaan.

Dalam kenyataan hari ini, Marina Juki yang juga pengarah syarikat terbabit menjelaskan tuntutan itu difailkan sejak minggu lalu. Zizan dikatakan sudah melanggar kontrak sejak Mei lalu sehingga mengakibatkan kerugian pada sumber pendapatan dan komisen syarikat itu.

Mengikut Marina, kontrak yang dimeterai syarikat dengan Zizan hanya akan berakhir 2 Mei 2015.

Isu ini sebenarnya sudah berbangkit sejak Jun lalu.

Ikuti komen Zizan yang dihubungi BH Online menerusi khidmat aplikasi WhatsApp.
"Secara ikhlas saya nyatakan di sini bahawa saya mula mengetahui mengenai tindakan guaman ini ketika ia diterbitkan media pada malam kelmarin. Saya rasa sedih dan kecewa apabila individu ini (merujuk kepada Marina) berulang kali memilih untuk bercakap dengan pihak akhbar.

"Tindakan mereka itu tanpa memaklumkan saya atau pihak guaman saya sendiri. Saya berasa benar-benar tertekan kerana ia dilakukan pada saat saya sedang sibuk dengan pelbagai komitmen kerja yang memerlukan perhatian penuh," katanya.

Kata cinta hati Emma Maembong itu, memandangkan hal itu berkait rapat dengan undang-undang, beliau tidak mahu sewenang-wenang dengan berani menyuarakan pandangan itu dan ini.

"Saya serahkan segala-galanya kepada peguam untuk melakukan yang terbaik. Apapun saya masih yakin bahawa saya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan demi kebaikan semua pihak," katanya.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...