Bangkai Paus Seberat 15 Tan Ini Boleh Meletup Bila-bila Masa Sahaja ~ Bila Han Bercerita

Saturday 15 November 2014

Bangkai Paus Seberat 15 Tan Ini Boleh Meletup Bila-bila Masa Sahaja

Bangkai Paus Seberat 15 Tan Ini Boleh Meletup Bila-bila Masa Sahaja
Bangkai seekor ikan paus yang berkemungkinan boleh membawa maut jika meletup.

Montpellier: Pegawai Perancis semalam berusaha memusnahkan bangkai seekor ikan paus kerana bimbang kemungkinan ia membawa maut jika meletup.

Pakar hidupan liar berkata, bangkai paus seberat 15 tan itu yang menggelembung begitu besar dengan gas berkemungkinan tinggi akan meletup.

Pihak berkuasa kini terdesak mencari jalan terbaik bagi memusnahkannya.

Ia mungkin akan meletupkan bangkai itu dengan mengguna dinamit.

Laluan menuju ke pantai tempat bangkai paus itu terdampar di pantai Saintes-Marie-de-la-Mer,

berhampiran Montpellier di pantai Meditteranean sudah ditutup bagi menghalang orang ramai mendekatinya.
Bangkai itu dikatakan hanyut ke pantai itu pada awal November.

Pengurus projek hidupan luar Camargue, Anais Cheiron mencadangkan bangkai itu diheret ke laut dan diletupkan menggunakan dinamit.

Bagaimanapun, masalah timbul kerana bot tidak mungkin dapat mendekati bangkai itu untuk menariknya kerana keadaan pantai.

Satu lagi pilihan ialah dengan mencucuk bangkai itu untuk mengeluarkan gasnya sebelum memotongnya kepada beberapa bahagian.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...