Friday, 14 November 2014
Home »
» Zahiril Adzim Beri Penjelasan Terpaksa Sembahyang Dipakir PWTC
Zahiril Adzim Beri Penjelasan Terpaksa Sembahyang Dipakir PWTC
Seharusnya dalam perkara ini Zahiril Adzim tidak harus dipersalahkan malah ia telah menjadi kewajipan untuk menunaikan solat sebelum berakhirnya waktu ,yang harus dipersalahkan orang yang mengambil dan menyebarkan sehingga menimbulkan fitnah terhadap beliau ,mungkin niat mengambil gambar untuk menunjukkan bahawa artis pun tetap solat tapi dalam dunia siber yang pemikirnya dan utarakan pendapat begitu ramai sehingga menjadi satu fitnah pada akhirnya.
"Saya terpaksa menunaikan solat Maghrib di parkir kerana waktu solat sudah suntuk dan saya sudah mengagaknya. Jadi selepas selesai penggambaran saya pulang ke rumah untuk ambil isteri saya dan ketika itu saya sudah siap-siap ambil air sembahyang.
"Selepas sampai sahaja di PWTC saya cari tempat tersorok untuk bersembahyang kerana kalau saya bergegas ke surau sudah tentu penuh, lagi pun saya takut air sembahyang terbatal jika ada yang ingin bergambar ketika dalam perjalanan ke surau," ujarnya
"Saya rasa ia tidak elok untuk disebarkan kerana akan menimbulkan fitnah seperti ini, saya pun tidak perasan siapa yang mengambil gambar tersebut. Kalau benar saya mahu menunjuk-nunjuk baik saya sembahyang di red carpet sahaja.
"Saya sudah cari tempat paling sunyi yang tidak ada orang ramai, namun saya tahu ada pengawal keselamatan berhampiran kerana takut kalau ada apa-apa berlaku ketika sedang solat," katanya.
sumber
loading...
solat wajib dilakukan walau apa keadaan sekalipun
ReplyDelete