Sultan Brunei terima ijazah kehormat ~ Bila Han Bercerita

Tuesday 4 November 2014

Sultan Brunei terima ijazah kehormat

Sultan Brunei terima ijazah kehormat


Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah akan menerima ijazah kehormat sempena konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) ke-50 yang dijadual berlangsung pada 5 hingga 9 November.
 
Sultan Brunei dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang yang akan disampaikan oleh Tuanku Canselor Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.
 
Naib Canselor Datuk Omar Osman berkata selain Sultan Brunei, tokoh kepimpinan pendidikan Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan sempena konvokesyen itu.
 
Omar berkata pada tahun ini USM akan menganugerahkan ijazah kepada 5,472 graduan dalam sembilan sidang konvokesyen, termasuk dua anumerta iaitu penganugerahan ijazah yang akan disampaikan kepada anggota keluarga graduan yang meninggal dunia.
 
"Pada konvokesyen yang ke-50 ini juga USM akan menganugerahkan gelaran profesor emeritus kepada bekas Naib Canselor Penyelidikan dan Pembangunan USM Datuk Jamjan Rajikan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Katanya USM juga menganugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam kepada Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
 
Omar berkata USM turut menyampaikan anugerah khas kepada lima orang pelajar iaitu doktor perubatan Ng Suk Ning penerima anugerah Pingat Emas Canselor, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Matematik) Nurul Syafiah Abd Naeeim dan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Soh Sin Siang, masing-masing menerima anugerah Pelajaran Diraja Majlis Raja-Raja Malaysia.
 
Dua lagi penerima anugerah khas ialah graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan dan Perancangan) Chong Kai Zen (Pingat Emas Naib Canselor kategori Orang Kurang Upaya (OKU) cacat pendengaran) dan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan Mohamad Haziq Al Amir Mohd (Pingat Emas Naib Canselor).
 
Sementara itu, pada hari ini turut diadakan majlis perasmian pameran kecemerlangan pendidikan yang berlangsung di Kompleks Eureka dan Ekspo Konvokesyen 2014 (ConvEx'14) di Dewan Pelenggam Cahaya, Kompleks Graha Seni, yang disempurnakan oleh Tuanku Canselor Tuanku Syed Sirajuddin.
 
Yang turut hadir ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...