Pendapatan Aaisyah Dhia Rana Lebihi Pendapatan Rozita Che Wan ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 15 November 2014

Pendapatan Aaisyah Dhia Rana Lebihi Pendapatan Rozita Che Wan

Pendapatan Aaisyah Dhia Rana Lebihi Pendapatan Rozita Che Wan


Anak kepada selebriti terkenal, Aaisyah Dhia Rana yang belum pun menjangkau setahun tetapi populariti yang diraih mengalahkan ibu atau bapa.

Populariti mendadak itu secara tidak langsung membuatkan mereka menjalani kehidupan penuh popular antaranya menghadiri sesi fotografi bersama akhbar serta majalah, mendapat tawaran iklan dan menjadi duta produk bayi.

“Saya tidak kisah dengan perhatian yang diberikan orang ramai kepada anak saya kerana bagi saya itu perkara yang normal. Ibu bapanya seorang selebriti, jadi bukan satu perkara yang pelik apabila Aaisyah juga turut popular,” katanya.

Walaupun anaknya belum berusia sebulan, namun, bayi comel itu sudah menerima banyak tawaran sesi fotografi majalah dan iklan. Bukan itu sahaja, pendapatan yang diraih anaknya juga melebihi pendapatannya.

“Sejujurnya, saya tidak kisah untuk anak saya turut melibatkan diri dalam bidang seni pada usia muda kerana Zain juga pernah berlakon iklan ketika kanak-kanak. Sekarang, pendapatan Aaisyah lebih banyak daripada saya.

“Saya bukan menggunakan anak untuk dapatkan wang. Cara itu salah kerana sudah dikira mengeksploitasi anak sebaliknya, saya meneliti setiap tawaran terlebih dahulu.

“Jika sesuai barulah saya terima dan wang itu terus disimpan dalam akaun Aaisyah. Lebih baik dia ada simpanan pada usia yang muda untuk kegunaan pada masa hadapan,” tambahnya lagi.


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...