Wednesday, 5 November 2014

[FAKTA] Inilah Cili Spesies Terbaru Yang Terpedas Di Dunia

nilah Cili Spesies Terbaru Yang Terpedas Di Dunia


Spesies cili Trinidad Moruga Scorpion dikenali sebagai cili yang terpedas di dunia. Tetapi, menurut rekod Guinness Book of World Records pada bulan lalu, spesies lada baru yang dikenali sebagai Carolina Reaper yang telah ditanam oleh Ed Currie, seorang pengusaha di PuckerButt Lada Co. di South Carolina telah dinobatkan sebagai cili terpedas di dunia.

Kadar kepedasan purata cili ini adalah dalam lingkungan 1,569,300 unit Scoville (unit haba), seperti yang di uji oleh Winthrop University di South Carolina, kata pihak Guinness.

Walaubagaimana pun, menurut pihak Associated Press, kuasa kepedasan tertinggi dalam kumpulan cili yang di uji ini telah diberi kod yang dinamakan "HP22B", yang bermaksud "Higher Power, Pot No. 22, Plant B" yang mana ia mencecah sebanyak 2.2 juta unit Scoville.

Pada tahun lepas, Institut Tanaman Lada Chile di New Mexico State University telah menobatkan cili spesies Trinidad Moruga Scorpion sebagai cili paling pedas di dunia, dengan kepedasan minimum sebanyak 1.2 juta unit Scoville manakala kepedasan maximum individu sebanyak 2 juta unit Scoville. Kini, rekod berkenaan telah beralih kepada tumbuhan cili baru ini.

nilah Cili Spesies Terbaru Yang Terpedas Di Dunia

nilah Cili Spesies Terbaru Yang Terpedas Di Dunia


sumber

P/s : cili padi tak cukup pedas dalam masakan?? nah cube ni.haha..mau kepala berangin pedas


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Serius !! Maxis nak bagi RM 1 Juta Untuk Swap SimKad Je

Recommend us on Google!

Blog Archive

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...