Black Mentor dilarang buat persembahan di Kelantan ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 18 January 2012

Black Mentor dilarang buat persembahan di Kelantan




PETALING JAYA: Juara Mentor musim ketiga, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah, tidak berkecil hati dengan tindakan kerajaan negeri Kelantan yang membatalkan kemunculannya pada Majlis 'Ladies Night' sempena program 'Kelantan's Got Talent' pada 23 Januari ini.


Black berkata, dia akur dengan keputusan tersebut dan akan terus menerima undangan kerajaan negeri berkenaan pada masa akan datang sekiranya diminta untuk mengadakan persembahan.


"Sejujurnya saya mengetahui mengenai perkara tersebut selepas diberitahu oleh bapa tentangnya kerana baru pulang dari Jakarta malam semalam (Isnin).


"Walaupun sedikit terkejut tetapi tiada sebab kenapa saya perlu melenting kerana ia bukan rezeki saya dan tidak akan serik untuk kembali ke sana mengadakan persembahan jika dijemput," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.


Ditanya mengenai persembahan tersebut, Black memberitahu dia tidak dimaklumkan secara terperinci mengenai persembahan yang turut menampilkan Akma (AF) kerana cuma hanya diberitahu oleh promoter ia adalah sempena Tahun Melawat Kelantan 2012.


Black berkata, dia tidak berfikir panjang untuk menerima tawaran itu kerana ia adalah sumber rezekinya sebagai penyanyi dan tidak menyangka ia mendapat tentangan daripada pihak kerajaan negeri.


"Kerja saya adalah seorang penyanyi dan sebarang jemputan nyanyian jika berkelapangan sudah tentu saya terima kerana itu adalah sumber pendapatan saya.


"Tetapi ia bukanlah satu isu besar dan saya langsung tidak berkecil hati dengan tindakan itu," katanya.


Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, pihaknya mengambil keputusan membatalkan kemunculan penyanyi itu sebagai menghormati kritikan dan pandangan orang ramai yang mempersoalkan kemunculan penyanyi berkenaan pada program yang dikhususkan untuk wanita.


Dalam perkembangan lain, Black memberitahu dia ke Jakarta bersama 60 peminat bertuah bersempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian(ABPBH) bersama-sama pelakon Fasha Sandha dan Nabil Raja Lawak.


Black berkata, pemergian mereka ke sana selama tiga hari bermula 13 Januari sehingga 16 Januari lalu.


"Seronok dapat berjalan-jalan dengan peminat di sana kerana itu adalah peluang kami sebagai artis untuk mendekati peminat," ujarnya.


Ditanya mengenai pencalonannya dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular, Black berkata, dia tidak meletakkan sebarang harapan untuk menang dan menganggap ia sebagai bonus jika terpilih sebagai penerima anugerah dalam kategori itu.


Tumpuannya kini adalah kepada program jelajah ABPBH yang dapat mendekat dirinya dengan peminat dan memperkenalkan muziknya secara lebih meluas.


"Jika ada rezeki Alhamdulillahlah tetapi kalau tak menang pun tidak mengapa kerana yang penting saya dapat menyertai program jelajah ABPBH untuk bertemu peminat dengan lebih dekat," ujarnya.


Sementara itu, Black berkata, dia teruja bakal muncul dengan “single” baru duet bersama dua penyanyi iaitu Hazama dan Azlan The Typewriter selain berharap dapat mempersembahkan lagu yang masih belum diberi nama itu di majlis ABPBH nanti.
sumber
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...