Friday, 20 January 2012
Home »
» Facebook Perkenal 60 Aplikasi Timeline
Facebook Perkenal 60 Aplikasi Timeline
SAN FRANCISCO - Laman sosial popular, Facebook telah memperkenalkan berpuluh-puluh aplikasi baru, kelmarin.
Kesemua aplikasi itu membolehkan para pengguna untuk mengkatalogkan semua aspek kehidupan mereka daripada filem sehingga buku dan fesyen.
"Apa sahaja yang anda mahu, anda boleh tambahkannya ke dalam ruangan Timeline anda," kata Pengarah Platform Produk Facebook, Carl Sjogreen.
Sebanyak 60 aplikasi terlibat dalam kumpulan pertama penambahan tersebut yang disumbangkan oleh syarikat seperti Foodspotting, Rotten Tomatoes, Pinterest, TripAdvisor dan e-reader Kobo.
Salah satu aplikasi itu membolehkan pengesanan secara automatik dibuat bagi mengetahui buku yang telah habis dibaca atau memulakan pembacaan serta dihubungkan dengan pengguna Facebook lain yang memebaca buku yang sama.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Pinterest, Ben Silbermann, satu laman di Facebook itu membenarkan para pengguna untuk mewujudkan koleksi maya.
Silbermann berkata, para pengguna dengan mudah boleh meletakkan koleksi cenderamata Star Wars jika mereka mahu berbuat demikian.
Majlis penerangan dan pelancaran aplikasi itu untuk media diadakan di restoran Twenty Five Lusk dan Lounge di San Francisco, kelmarin.
SUMBER
loading...
0 comments:
Post a Comment