GEMPAK !! Kipas Tanpa Bilah – Bladeless Fan ~ Bila Han Bercerita

Thursday 19 January 2012

GEMPAK !! Kipas Tanpa Bilah – Bladeless Fan




LONDON – Pencipta dari Britain yang menghasilkan pembersih vakum tanpa beg, Sir James Dyson kini memperkenalkan peralatan rumah terbaru rekaannya iaitu kipas angin elektrik tanpa bilah.

Semasa melancarkan produk tersebut, Dyson berkata, kipas tersebut yang dinamakan Dyson Air Multiplier mampu menghasilkan angin yang kuat.

Menurutnya, dia mendapat idea untuk mencipta kipas itu selepas meneliti alat pengering tangan yang menyedut banyak angin di sekitarnya.

Dyson berkata, selain senyap, produk itu juga lebih selamat berbanding kipas angin biasa kerana ia tidak mempunyai bilah yang boleh mencederakan jari jika disentuh oleh kanak-kanak.

Ia berfungsi dengan menolak udara sehingga mencecah kelajuan 35.2 kilometer sejam melalui bukaan kecil selebar 1.3 milimeter di sekelilingnya.

Kipas angin berharga £199 (RM1,066) itu mula dijual di beberapa kedai utama di sini.

Dianggarkan memiliki kekayaan mencecah £500 juta (RM2.6 bilion) Dyson, 62, muncul sebagai pereka terbaik Britain susulan kejayaannya mencipta pembersih vakum tanpa beg yang direkanya sekitar tahun 1990-an.


Korang pernah dengar tak tentang Bladeless Fan Air Multiplier atau Kipas Tanpa Bilah ni?
Benda ni rupanya dah ada sejak 2008 lagi, atau mungkin lebih awal.




Dyson Bladeless Fan Air Multiplier

Ciri-ciri Bladeless Fan Air Multiplier,

1.Selamat – Anak-anak yg suka jolokkan tangan dalam kipas, so bila pakai benda ni takde la risau nak lepaskan diorang bermain, kita nak tido pun senang.

2.Senang dicuci – Yelah, tak payah susah-susah nak kena bukak bagai macam kipas angin biasa tu, lap je terus pakai kain, dah setel
.
3.Senang nak Adjust – Korang nak dia hala ke atas ke, bawah ke, kiri ke, kanan ke, tolak je kemana yang korang nak, sistem dia direka supaya mudah di adjust dan akan kekal di posisi yang kita mahu. Wallaweh..



Ciri-ciri Dyson Bladeless Fan Air Multiplier

Apa yang membezakan antara kipas tanpa bilah atau Bladeless Fan Air Multiplier ni dengan kipas biasa ialah, teknologi ini akan memberikan hembusan angin kuat yang selari dan berterusan, berbeza dengan kipas biasa yang hembusannya terputus-putus kerana penggunaan bilah yang memotong hembusan angin kepada blok-blok yang kecil sepertimana gambarajah dibawah.




Perbezaan kipas biasa vs Dyson Bladeless Fan Air Multiplier

Cara-cara Bladeless Fan Air Multiplier berfungsi.

1.Menggunakan teknologi sepertimana yang digunakan didalam enjin turbo jet, ia akan menarik udara daripada luar seterusnya menghasilkan aliran angin yang kuat di dalam sistem.

2.Seterusnya aliran angin tadi akan dipecutkan melalui satu sistem emparan “annular aperture” yang boleh difahami dengan mudah jika kita memahami bagaimana daya emparan digunakan untuk “dry-spin” pakaian menggunakan mesin basuh.

3.Aliran angin yang telah dipecutkan ini kemudiannya akan menyebabkan udara yang berada dibelakang alat ini tersedut masuk kedalam aliran dan dipecut untuk keluar semula kehadapan alat disebabkan daya aruhan yang kuat daripada aliran angin diperingkat kedua tadi.

4.Akhir sekali, udara di sekitar alat juga akan tertarik kedalam aliran udara terpecut tadi seterusnya menambah kuat aliran angin tersebut.




Dyson Bladeless Fan Air Multiplier

Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini boleh membuat carian di google atau boleh layari laman Dyson Bladeless Fan Air Multiplier Malaysia untuk maklumat produk dan pilihan-pilihan rekabentuk yang ada.

Jika anda berminat untuk membeli boleh KLIK DISINI
SUMBER






Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...