Cara Mudah Untuk Membakar Kalori ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 19 January 2012

Cara Mudah Untuk Membakar Kalori


Kalori?? Hapee tu? Haa. Kalori ni macam tenaga yang terdapat dalam makanan yang korang lahap tu. Contohnya dalam nasi ada 4 kilokalori tenaga. Jadi anda perlu lakukan sesuatu untuk membolehkan kalori dalam nasi yang anda lahap tu terbakar dan jangan biarkan nasi tersebut menjadi lemak yang tak perlu dalam badan kita. Jangan biarin dong.

Tapi macam mana kita nak bakar kalori tu?

Haa. Senang je. Meh saya nak share tips sikit dengan korang meh.

1. Bila pergi ke pusat beli dan belah, park lah kereta anda-anda semua jauh dari pintu masuk.

Kalau pergi pusat beli dan belah, semua orang berebut-rebut nak park kereta kalau boleh betul-betul depan pintu masuk kan? Senang sikit. Jalan pun tak banyakkan? Turun-turun kereta, terus boleh hidu bau pusat beli dan belah. Tak yah jalan jauh-jauh. Apa kata kita ubah sikit persepsi dan tabiat kita. Lepas ni kalau nak park kereta, kita park kereta kita tu jauh sikit dari pintu masuk. Turun kereta, kita jalan-jalan sikit baru hidu bau pusat beli dan belah. Boleh? Boleh?Bila kita jalan, kalori dah terbakar dah tau. Haa. Mudah bukan? Hiks. :)

2. Naik tangga instead of naik lif.

 


Cakap pasal lif ni pun, orang berebut-rebut nak naik kan? Sampai"kau tolak aku, aku tolak kau". Punya lah nak sangat naik lif tu. Kang kalau lambat kang, lif berbunyik tik tik tik tanda overload. Kang tak pasal-pasal kena tunggu lif yang lain. Haa.. Daripada tunggu lif yang lain, apa kata kita rajinkan sikit diri kita jalan cari tangga dan panjat tangga tu selow-selow. Selow-selow pun tak per, janji sampai tempat yang hendak dituju. Biar lambat asal selamat. Hiks. Naik tangga ni bagus tau tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Selain dari dapat bakar kalori dalam badan kita, ia juga dapat menguatkan otot-otot kaki kita. Tak der lah otot kaki kita lembik dengan lemak je kan? Biar kaki kita mampat dengan otot. Baru umphh!! Hiks. Kepada sesiapa yang duduk apartmen tu, rajin-rajinkan diri selalu panjat tangga dari naik lif ye. :)

3. Berjalan instead of naik moto atau kereta

 


Berjalan sambil nyanyi-nyanyi ulalalalala syiok kan? Haa. Kalau ibuk-ibuk atau bapak-bapak suruh kita pergi ke kedai, apa kata kita jalan kaki. Jangan naik moto. Jangan naik kete. Kita jalan kaki. Jimat dah duit minyak di situ. Sambil jalan, sambil nyanyi. Tapi nyanyi selow-selow sudah lah ye. Nanti orang cakap kita otak tak centre plak dok nyanyi kuat-kuat. Hiks.

4. Lakukan senaman

 


Senaman merupakan cara yang paling bagus dan berkesan sekali untuk bakar kalori. Hanya dengan melakukan senamantiga kali seminggu. Satu sesi senaman selama tigaploh minit, Insyaallah badan kita akan sihat dan dapat bentuk badan yang ideal. Insyaallah. Kalau kita melakukan senaman betul-betul tigaploh minit atau lebih, kita akan dapat lihat kesannya dengan lebih awal. Sebabnya, lemak-lemak dalam badan kita akan terbakar jika kita melakukan aktiviti dalam masa tigaploh minit atau lebih. Tapi janganlah pulak lepas senaman sejam, hengkau gi telan ayam panggang sekoq. Pemakanan juga penting. Dok penat-penat senaman, hengkau gi tibai je makanan banyak-banyak. Jangan jangan jangan. Makan secara sihat jugak ye. :)

Doctor saya cakap makan pil atau ubat untuk langsing ni tak bagus sebab ubat tu reduce air dalam badan kita bukan lemak atau bakar kalori dalam badan kita. Dia cakap cara yang paling berkesan untuk kekal langsing dan sihat adalah dengan melakukan SENAMAN. Pasal ubat untuk langsing atau kurus tu, doktor saya cakap. Bukan saya yang cakap ye. Saya cuma nak share dengan korang-korang semua je. Jangan nanti ada orang bom saya sudah. Hiks. :)

P/s : Tak semua orang rajin atau suka lakukan senaman. Begitu juga dengan saya. Tapi untuk menyihatkan tubuh badan, kena lah jugak lakukan senaman slow-slow. Bila dah selalu bersenam, anda akan jatuh cinta dengan senaman itu. Percayalah. Hehe :)
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...