SUKAR TIDUR MALAM BERISIKO 6 KALI GANDA HIDAP PENYAKIT ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 1 February 2012

SUKAR TIDUR MALAM BERISIKO 6 KALI GANDA HIDAP PENYAKIT




LONDON 31 Jan. – Satu kajian baru mendapati, golongan yang sukar tidur malam berisiko enam kali lebih tinggi menghidap kencing manis dan penyakit jantung.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Genetics itu sekali gus memperlihatkan kesan lebih serius akibat gangguan tidur selain keletihan dan cepat marah.

Penyelidikan melibatkan hampir 20,000 koresponden itu mendapati, simptom-simptom kencing manis boleh dilihat pada seseorang individu yang mengalami gangguan tidur hanya selama tiga malam.

Penemuan terbaru itu boleh menjelaskan kajian sebelum ini yang menunjukkan mengapa individu yang bekerja pada waktu malam lebih terdedah kepada kencing manis jenis 2 dan penyakit jantung.

Saintis berkata, protein yang rosak dikenali sebagai MT2, boleh menganggu hubungan antara kitaran biokimia, fisiologi dan kelakuan dengan pengeluaran hormon insulin, mengakibatkan kawalan luar biasa kepada paras gula dalam darah yang digelar kencing manis jenis 2.

Profesor dari Kolej Imperial London, Philippe Froguel berkata, kawalan gula dalam darah merupakan satu daripada kebanyakan proses yang mengawal kitaran biologi badan.

“Kajian ini boleh memahamkan kita tentang bagaimana genetik yang membawa komponen utama dalam kitaran badan, boleh mempengaruhi risiko kencing manis individu tertentu.

“Kita juga dapat mengenal pasti jenis genetik MT2 yang sangat jarang ditemui yang membawa kesan lebih besar berbanding jenis biasa yang ditemui sebelum ini,” katanya.

Pengarah Pusat Diabetes United Kingdom, Dr Iain Frame berkata, kajian genetik seperti yang dilakukan itu sangat berguna kerana ia menjelaskan bagaimana bentuk genetik seseorang boleh mempengaruhi risiko mereka menghidap kencing manis jenis 2.

“Risiko kepada penyakit itu tidak dikawal oleh satu genetik. Kita juga tahu perubahan genetik lain seperti faktor cara hidup besar kemungkinan boleh memberi kesan kepada keadaan kompleks ini,” katanya. – AGENSI
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...