Awas! Bahaya WiFi Percuma Di Tempat Awam! ~ Bila Han Bercerita

Friday, 10 February 2012

Awas! Bahaya WiFi Percuma Di Tempat Awam!




Mungkin ramai yang suka atau sering online facebook, twitter, email dan sebagainya di tempat awam yang menyediakan kemudahan internet atau wifi secara percuma terutamanya di kolej, kedai-kedai makan, pusat membeli belah dan sebagainya. Tapi tahukah anda online di tempat terbuka sebenarnya berisiko tinggi untuk di hack?

Ya betul, online di tempat terbuka memang memudahkan akaun anda di godam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kaedah Rampasan Sesi atau Session Hijacking dengan menggunakan Firesheep iaitu add on yang di buat untuk browser Mozilla Firefox.

Dengan teknik ini, pengodam dengan mudah dapat mencuri cookies iaitu data lengkap tentang akaun seseorang yang terdapat dalam komputer/ laptop pemangsa. Ianya memang mudah bagi yang pakar.. ekeke, apabila dapat cookies atau data ni, pengodam hanya terus masuk ke akaun pemangsa tanpa perlu log in, bahaya bukan? bagaimana dengan urusan perbankan? memang bahaya.


Jadi antara tips-tips yang boleh diberi:-

1. Jangan log masuk atau online dekat wifi yang pelik- pelik di kawasan perumahan yang tidak diketahui datang dari mana.

2. Kalau dah selesai urusan di internet, cepat-cepat log keluar dan clear history dan cookies.

3. Jangan log in di mana – mana laman web yang tidak mempunyai https dalam url laman web nya. (Dikatakan laman web yang menggunakan https lebih selamat daripada rampasan sesi Session Hijacking.

4. Nak selamat, jangan buat urusan perbankan seperti maybank2u, cimb click di tempat awam dan di cyber cafe juga..

P/s :macam2 cara sekarnag ni,hati2 la
sumber
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Tutorial: Buang Virus Malware Dalam Blog
    25.01.2012 - 0 Comments
    Ramai blogger xtau yang blog die ade virus nie Sesiapa yg nk tau boleh cuba tutorial ni Ni Contohnye bila…
  • What is Nuffnang? (Malay)
    02.04.2012 - 0 Comments
    Hey guys,ramai yang tertanya2 apa itu nuffnang kn?okay,hari ni hann share apa itu nuffnang.ada…
  • Inilah Lombong Garam Bawah Tanah Yang Tercantik Di Dunia (Salina Turda)
    03.11.2014 - 0 Comments
    "Salina Turda" merupakan lombong garam bawah tanah yang terletak di Turda, Transylvania, Romania. Menurut…
  • Inilah Dia Ayat Yang Terpanjang Dalam Bahasa Inggeris
    21.11.2012 - 0 Comments
    korang pernah tau tak apakah ayat yang terpanjang di dalam bahasa inggeris ? hari ni aku nak kongsikan…
  • COOL !! PENJARA YANG PALING CANTIK DAN SELESA DI NORWAY
    24.03.2012 - 1 Comments
    nama penjara ni Halden Prison kat norway.xcaya g google sendiri..jom kita tengok macamne keadaan penjara kat…