Bagaimana Handphone Touch Screen Berfungsi ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 11 February 2012

Bagaimana Handphone Touch Screen Berfungsi

Bagaimana Handphone Touch Screen Berfungsi
contoh handphone touch screen

Salam semua. Hari ni hann nak cerita mengenai pasal smartphone terutama pada bahagian skin sentuh "touch screen". Hari ini ramai dah pakai HP Android, iPhone, Blackberry, Galaxy Tab, iPad, dan banyak lagi yang menggunakan applikasi Piezoelectric.

Ramai yang masih tak tahu, macam mana skin sentuh berfungsi?bagaimana sentuhan boleh ditukarkan ke isyarat elektrik dan seterusnya menjadikan skrin sentuh sesuatu yang realiti?

Pada pertengahan kurun ke-18, Carl Linnaeus dan Franz Aepinus mengkaji sifat bahan yang menjana potensi elektrik sebagai tindak balas kepada perubahan suhu. Tapi kajian mereka tidak berjaya. Berbekalkan dengan kajian tersebut, Pierre Curie dan Jacques Curie menkaji hubungan antara mekanikal tekanan terhadap elektrik. Kajian mereka berjaya dan didemonstrasi pada tahun 1880. Apa itu Piezoelectric? Piezoelectric adalah bahan yang mampu menukarkan mekanikal tekanan kepada tenaga elektrik. Contohnya, apabila kita tekan bahan tersebut, ia akan menjanakan kuasa elekterik, dan apabila elektrik dikenakan terhadap bahan tersebut, ia akan menghasilkan sebaliknya.




Nampak kat atas gambar ni? apabila ditekan, meter elektrik bergerak, vice versa apabila dikenakan elektrik terhadap bahan tersebut. 

Apakah bahan Piezoelectric ni?

 Kristal Quartz

Rochelle Salt

Ada banyak lagi, tapi dua bahan ini antara yang popular dan efektif.

Aplikasi Piezoelectric
Aplikasi yang paling popular sekali adalah terhadap gitar elektrik, ia menukarkan gelombang bunyi yang memberi tekanan terhadap bahan piezoelekterik ke isyarat elektrik ke dan diproses ke pembesar suara.



Dan aplikasi yang sekarang digilai ramai dan semakin canggih teknologinya, skrin sentuh! skrin sentuh sangat-sangat popular pada telefon bimbit dan tablet. Ianya akan mengesan tekanan terhadap sentuhan dan menukarkan ke isyarat eletrik dan seterusnya memproses isyarat tersebut.




Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak
    20.07.2012 - 0 Comments
    Salam semua,kepada sesiapa yang baca entri neh yang beragama islam..tadi dah pengumuman yang sabtu ini…
  • Cara Mudah Untuk Membakar Kalori
    19.01.2012 - 0 Comments
    Kalori?? Hapee tu? Haa. Kalori ni macam tenaga yang terdapat dalam makanan yang korang lahap tu. Contohnya…
  • COOL !! Angry Birds Space Akan Datang Mac 2012
    09.03.2012 - 0 Comments
    Setelah lama menyepi akhirnya Rovio kembali dengan permainan terhangatnya Angry Birds terbaru iaitu Angry…
  • GEMPAR !! Fosil dinosaur ditemui di Australia
    08.05.2012 - 0 Comments
    FITZGERALD memegang fosil dinosaur ceratosaur di Melbourne semalam. SYDNEY - Sekumpulan saintis semalam…
  • 10 Hijab Yang Menghalang Daripada Mendapat Hidayah Allah SWT
    12.03.2012 - 0 Comments
    1-Hijab Pertama:Jahil ••►Disebabkan keperluan Ilmu untuk mencapai hidayah, maka Ahli Sunnah mewajibkan…