Najwa Latif Beli Kereta Perodua Myvi Tunai ~ Bila Han Bercerita

Saturday 11 February 2012

Najwa Latif Beli Kereta Perodua Myvi Tunai






KUALA LUMPUR : Penyanyi remaja berusia 17 tahun yang menggegarkan YouTube, Najwa Latif kerana klip video lagu nyanyiannya berjudul Cinta Mukabuku yang ditonton lebih dua juta penonton di Internet berjaya membeli sebuah kereta Perodua Myvi baru-baru ini.

Menurut suatu sumber terdekat, paling membanggakan apabila penyanyi berasal dari Batu Pahat, Johor itu telah membeli kereta buatan Malaysia itu secara tunai kerana pendapatannya sebagai penyanyi yang datang mencurah-curah ekoran populariti lagu tersebut.

“Najwa mampu membeli sebuah kereta Perodua Myvi secara tunai kerana dia mempunyai pendapatan yang tinggi kerana banyak mendapat tawaran menyanyi di merata-rata tempat selepas lagu Cinta Mukabuku ‘meletup’ dalam radio dan televisyen.

“Sebab itu tidak hairanlah, Najwa seperti tidak menang tangan untuk menerima tawaran menyanyi di merata-rata tempat. Itu pun sebab dia masih lagi bersekolah dan akan mengambil peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) pada hujung tahun ini. Kalau tidak dia akan semakin sibuk.

“Saya dapat berita ini daripada pengurus baru Najwa. Sebelum ini, kerjaya Najwa diuruskan oleh kakaknya yang kini sedang belajar di UiTM (Universiti Teknologi Mara), Shah Alam, Selangor. Mungkin kakak Najwa sibuk, itu fasal dia ambil pengurus baru,” kata sumber itu panjang lebar.

Pemberi maklumat yang enggan dikenali itu ditemui pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-26 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini di mana lagu Cinta Mukabuku nyanyian dan ciptaan Najwa merupakan salah satu finalis dalam pertandingan anjuran TV3 itu. – Informasi Dot My

Share:

1 comment:

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...