Okay,Untuk pengetahuan semua, Kad Debit CIMB MasterCard ni merupakan kad pembayaran yang membolehkan debit langsung daripada akaun deposit bagi pembelian barangan dan perkhidmatan di kedai-kedai global yang menyertainya menerusi rangkaian MasterCard. Korang boleh guna untuk membeli belah atau shopping. Tak payah bawak duit dah bila pergi shopping. Bayar guna kad debit ni je.
Bagi yang dah ada kad ATM CIMB pun boleh juga bertukar ke Kad Debit CIMB MasterCard ni. Fungsi kad ATM dan fungsi kad debit digabungkan dalam 1 Kad Debit CIMB MasterCard. 2 fungsi dalam 1 kad. Korang boleh guna untuk cucuk duit atau keluarkan duit di mesin ATM, dan juga boleh guna untuk buat sebarang pembayaran. Tapi, sebelum korang buat apa-apa bayaran menggunakan kad debit ni, pastikan dalam akaun CIMB korang ada baki duit yang mencukupi kerana duit akan ditolak terus dari baki dalam akaun.
Cara buat pertukaran Kad Debit CIMB MasterCard
Korang boleh apply Kad Debit CIMB MasterCard di mana-mana cawangan CIMB Bank yang berdekatan atau yang korang rasa tak ramai orang. Kalau ramai orang, kena jadi penunggu la jawabnya. Syarat untuk apply Kad Debit CIMB MasterCard ni korang mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
1.Pergi ke kaunter pertanyaan di bank CIMB, beritahu atau tanya macam mana nak apply Kad Debit CIMB MasterCard.
2.Dapatkan borang dan isi borang untuk pertukaran kad baru.
3.Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga dipanggil ke kaunter urusan.
4.Beritahu staff bank yang bertugas bahawa korang ingin buat pertukaran Kad Debit CIMB MasterCard.
5.Bagi kad pengenalan dan kad ATM yang lama bersama borang pertukaran kad baru kepada staff bank yang berurusan dengan korang.
6.Kemudian korang akan diberi PIN sementara untuk kad baru dan perlu tukar PIN tersebut dalam tempoh 24 jam.
7.Untuk perkhidmatan CIMB Clicks (online banking), korang perlu create e-PIN baru di mesin ATM kerana e-PIN tersebut akan diminta bila korang login ke akaun CIMB Clicks.
Untuk pertukaran kad baru ni, caj sebanyak RM8 akan dikenakan dan duit akan ditolak dari akaun CIMB korang. Bila dah ada kad baru tu, jaga elok-elok ye. Sekiranya Kad Debit CIMB MasterCard korang dicuri, hilang atau rosak, caj sebanyak RM12 pula akan dikenakan untuk replacement kad baru.
Kelebihan menggunakan Kad Debit CIMB MasterCard
- Kad Debit CIMB MasterCard menawarkan pelbagai ganjaran kepada kita antaranya mendapat diskaun daripada peniaga-peniaga yang mengambil bahagian jika kita berbelanja di kedai atau premis mereka.
- Mendapat rebat tunai sebanyak 1% yang boleh ditebus bagi setiap pembelian barangan harian atau isian minyak dengan Kad Debit CIMB MasterCard.
- Membolehkan kita bayar barang-barang yang dibeli tanpa menggunakan wang tunai kerana setiap bayaran menggunakan kad debit, duit akan ditolak terus dari dalam akaun bank kita. Tapi, pastikan dalam akaun bank ada baki duit yang mencukupi.
- Kad debit membantu kita mengawal perbelanjaan setiap bulan agar tak melebihi dari apa yang telah kita rancang.
- Mendidik kita supaya lebih berjimat cermat kerana bila banyak menggunakan kad debit, duit dalam akaun akan berkurangan. Oleh itu, untuk pastikan baki duit sentiasa ada di dalam akaun, jangan terlalu banyak berbelanja terutamanya berbelanja untuk benda yang tak berfaedah atau yang tak diperlukan.
0 comments:
Post a Comment