(7 GAMBAR) David Beckham Datang Malaysia Dan Bergambar Dengan Selebriti Tempatan ~ Bila Han Bercerita

Sunday 16 November 2014

(7 GAMBAR) David Beckham Datang Malaysia Dan Bergambar Dengan Selebriti Tempatan

David Beckham Datang Malaysia Dan Bergambar Dengan Selebriti Tempatan


Heboh sekejap di rata-rata netizen atau pengguna sosial media tempatan selepas mendapat tahu David Beckham akan mengunjungi Kuala Lumpur beberapa hari lalu. Hal ini dipastikan melalui beberapa foto di Facebook menampilkan bintang England itu dalam acara tertutup di Majestic Hotel di ibu negara pada malam Rabu lepas.

Semalam, Khamis juga merupakan antara hari yang mungkin tak dapat dilupakan pengunjung di pusat membeli belah Pavilion apabila bapa kepada 4 orang cahayamata itu muncul mengejut di salah satu butik jam mewah sambil dikelilingi pengawal serta entouragenya.

Difahamkan suami kepada Victoria Beckham itu berada di sini untuk menghadiri pelancaran Haig Club Whisky di gedung jam mewah terkenal dunia, Breitling bersama pereka kasut terkenal dunia kelahiran Malaysia, Datuk Professor Jimmy Choo yang ditanggungjawabkan untuk menjadi hos kepada bintang bola sepak itu.

Terdahulu, jenama tersebut memuat naik sebuah video pendek yang memaparkan Beckham bersama pereka kasut antarabangsa kelahiran tempatan itu menyiapkan bungkusan Haig, jenama terkenal dunia menghasilkan scotch whisky (minuman alcohol) itu untuk dihantar ke Malaysia.

Pengunjung di sekitar pusat membeli-belah Pavilion ternyata teruja dan menggunakan akaun media sosial masing-masing meluahkan perasaan gembira mereka. Ikon terkenal bolasepak dunia itu tidak ditemani ahli keluarga di mana dia dalam siri jelajah Asia mempromosikan Haig, whisky yang berasal dari Scotland tersebut di Malaysia.

David Beckham Datang Malaysia Dan Bergambar Dengan Selebriti Tempatan

David Beckham Datang Malaysia Dan Bergambar Dengan Selebriti Tempatan

David Beckham Datang Malaysia Dan Bergambar Dengan Selebriti Tempatan

David Beckham Datang Malaysia Dan Bergambar Dengan Selebriti Tempatan

David Beckham Datang Malaysia Dan Bergambar Dengan Selebriti Tempatan

David Beckham Datang Malaysia Dan Bergambar Dengan Selebriti Tempatan


sumber


Share:

4 comments:

  1. Benda haram apa yang nak dibanggakan. Wiski tu kan minuman HARAM di sisi agama Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dorang bangga sebab beckham datang je kot.kalau aku pon suka beckham datang.dorg bukan tau pon halal haram.bagi dorang arak berjenama eksklusif.haram tetap haram

      Delete
  2. Beckhammm.. bila la nak dapat jumpa..

    ReplyDelete
  3. peminat dari kecik

    ReplyDelete

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...