Wednesday, 28 March 2012
Home »
» PERTAHANKAN BANGSA ATAU AGAMA?
PERTAHANKAN BANGSA ATAU AGAMA?
KOTA BHARU-Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang masih mengagungkan bangsa, tanpa mengutamakan kepentingan Islam.
Beliau menyifatkan tindakan masyarakat mengagungkan-agungkan bangsa seolah-olah terikut-ikut dengan pendekatan bangsa Yahudi yang mahukan masyarakatnya dihormati dengan mengetepikan hak orang lain.
“Seolah-olah pendekatan ini telah masuk menyerap dalam masyarakat orang Islam, setiap bangsa mengejarkan kehormatan masing-masing dan menyebabkan orang lupa tentang Palestin, “katanya kepada pemberita selepas menyambut kunjungan konvoi Superbike Pantai Timur di kediamannya di Pulau Melaka, kelmarin.
Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, sukan dan Ngo negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood, Yang Dipertua Iqram Kota Bharu, Dr Mohd Sharani Mohd Naim.
Konvoi tersebut didakan untuk mempromosikan perarakan keamanan yang dianjurkan secara besar-besaran di Asia, Afrika, Eropah , Amerika Syarikat untuk bergerak ke Palestin dan negara-negara jiran seperti Mesir dan Jordan.
Kemuncaknya adalah perhimpunan aman besar-besaran pada 30 Mac serentak dengan perarakan di Amman dengan 131 superbikes akan membawa bendera Palestin dan berkumpul di replika Baitulmaqdis.
Sambil menyokong perarakan tersebut, Nik Aziz berkata, Pas akan terus mempertahankan Islam sebagai asas perjuangan dan sama sekali tidak akan terikut-ikut dengan pihak lain yang lebih mementingkan bangsa dari Islam.
“Perkara yang tidak betul yang menimpa umat Islam di seluruh dunia, termasuk orang Arab sendiri. Arab Mesir juga sedemikian, tidak merasakan sensitif terhadap nasib Arab Palestin kerana bukan dari bangsanya Arab Mesir,” katanya.
SUMBER
P/s :Han memang selalu baca cite politik.tapi sangat jarang letak diblog entri politik.dan sebenarnya tiada.cuma isu agama.bangsa.yg berkaitan politik.han update
tadi han baca ni dari paper online.ramai yg kritik tok guru,Sekali lagi Han nak bagitau,blog ni xkan menyajikan entri politik.tapi ini berkaitan agama dan juga bangsa...ramai yang kritik nik aziz bukan melayu tulen ke.apa la..tapi pendapat Han
TGNA juga melayu.dia cuma xnak kita utamakan bangsa dari agama..cuba tengok yang dihilightkan atas sekali.,kita gunakan mata hati untuk melihat dn berfikir kejap ek..apa guna kalau ada bangsa,tapi agama dibelakangkan.dan lebih teruk dikaki.?bangga ke dengan rambut bewarna,xsolat,togak arak...wajar ke?dalam kubur nanti ALLAH tanya bangsa ke?
bukan la nak cakap han bagus ke apa..kita islam..kena la sensitif.alert isu keagamaan dan bangsa.saat2 CEMAS ni pon masih lagi nak muliakan bangsa?berapa ramai bangsa melayu yg ISLAM hanya di ic?pada nama? ANDA FIKIR,ANDA NILAI
loading...
0 comments:
Post a Comment