Penderma Sperma Percuma Di AS Disiasat ~ Bila Han Bercerita

Friday, 16 March 2012

Penderma Sperma Percuma Di AS Disiasat


Penderma Sperma Percuma Di AS Di Siasat

WASHINGTON – Seorang lelaki yang mendermakan spermanya sedang disiasat pihak berkuasa sama ada dia melanggar peraturan pendermaan sperma di AS.

Berasal dari California, Trent Arsenault (gambar) berkata, dia menderma sperma atas dasar muhibbah kepada pasangan yang mengidam mendapatkan cahaya mata dan tidak mengharapkan apa-apa balasan.

Lelaki berusia 36 tahun itu menjadi perhatian Pentadbiran Makanan dan Ubat AS (FDA) pada 2009 selepas dia mendakwa di laman webnya bahawa spermanya telah membawa kepada lebih 14 kelahiran.

Arsenault juga tidak mempedulikan surat amaran FDA yang mahu dia menghentikan kegiatan tersebut.

“Saya mahu terus aktif kerana saya banyak menerima e-mel daripada pasangan tiada anak yang meminta sperma saya.

“Cerita mereka sama, mereka tidak mampu menggunakan khidmat bank sperma kerana bayarannya terlalu tinggi,” kata lelaki itu.

Orang ramai yang membeli sperma daripada bank sperma berdaftar biasanya dikenakan bayaran di antara AS$200 (RM608) hingga AS$675 (RM2,052) untuk satu dos sperma.

Laman web peribadi Arsenault, trentdonor.org menyatakan dia berambut perang, bermata coklat dan bekerja dalam bidang teknologi maklumat di Lembah Silikon, California.

Mengulas berhubung isu tersebut, FDA dalam satu kenyataan kepada agensi berita AFP memberitahu, penderma sperma perlu terdahulu menjalani pemeriksaan kesihatan untuk memastikan dia bebas daripada sebarang penyakit kelamin dan penyakit berjangkit. – AFP
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Random Posts

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...