Fazley Yaacob Turun 16 Kilogram ~ Bila Han Bercerita

Friday 30 March 2012

Fazley Yaacob Turun 16 Kilogram




KUALA LUMPUR, 29 MAC 2012: Lebih kurang empat tahun menyepi dari menyanyi, kini penyanyi, Datuk Fazley Yaacob, 34, bakal kembali dengan album solo kelimanya pada Mei depan.

Masih dalam proses menyiapkan album terbarunya itu, Fazley Yaacob berkata, sudah tiba masanya untuk dia aktif kembali dalam bidang nyanyian yang setelah sekian lama ditinggalkan.

"Selama empat tahun sebelum ini saya banyak terlibat dengan program televisyen seperti Akademi Fantasia, My Star LG, berlakon dan beberapa program lain.

"Setelah selesai dengan semua komitmen itu, kini saya mengambil keputusan untuk kembali memandangkan ramai peminat saya yang masih menunggu dan mengharapkan produk baru daripada saya.

"Jadi InsyaAllah pada pertengahan Mei ini album saya akan dilancarkan kerana buat masa sekarang saya masih dalam proses menyiapkannya.

"Album berjudul Jaga-jaga atau Yale-Yale itu akan muncul dengan single pertama berjudul Yale-Yale nyanyian saya bersama Altimet," katanya yang ditemui selepas sesi rakaman MasterChef Selebirti Malaysia yang diadakan di Shah Alam, petang semalam.

Album solo kelima Fazley yang berjudul Jaga-jaga (Yale-Yale) itu bakal memuatkan lapan buah lagu kesemuanya.

Sebagai persedian untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian, Fazley berkata, dia telah menurunkan berat badannya sebanyak 16 kilogram dan kini kembali ke bentuk badan asalnya sewaktu bujang.

"Selepas kahwin, berat badan saya memang naik dengan mendadak iaitu sebanyak 15 kilogram.

"Mananya tak bertambah, isteri saya orang yang bertanggungjawab menaikkan berat badan saya kerana dia merupakan tukang masak yang terbaik buat saya.

"Namun kini saya terpaksa menurunkan kembali berat badan supaya badan saya berada dalam keadaan fit, sihat dan berkeyakinan untuk kembali menyanyi," luahnya lagi.

Sejak berkahwin dengan Azrene Soraya pada 7 November 2006, Fazley telah dikurniakan tiga orang putera iaitu Ahmad Fardiz Shah Fazley, 4, Ahmad Fieradz Shah Fazley,2, dan Ahmad Firudz Shah yang baru berusia enam bulan.

Fazley merupakan salah seorang peserta MasterChef Selebriti Malaysia yang akan muncul di Astro Ria (saluran 104) setiap hari Sabtu hingga Selasa, jam 9 malam bermula 26 Mei 2012.

sumber
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...