PELIK !! Budak 12 Tahun Suntik Botox Untuk Elak Migrain ~ Bila Han Bercerita

Tuesday 20 March 2012

PELIK !! Budak 12 Tahun Suntik Botox Untuk Elak Migrain



gambar hiasan-google-




LONDON – Seorang budak lelaki berumur 12 tahun, Harvey Jacobs menggunakan suntikan Botox untuk mengelak diserang migrain atau sakit kepala yang kuat, lapor sebuah akhbar semalam.

Suntikan Botox itu yang pada kebiasaannya diambil untuk mengurangkan kedutan pada wajah.

Ibu Harvey, Sue Jacobs, 39, membawa anaknya itu untuk disuntik dengan Botox selepas dia membaca artikel di sebuah akhbar bahawa suntikan itu boleh merawat migrain.

Anaknya itu akan menjerit di atas katil semasa dia diserang migrain kerana tidak tahan menanggung sakit kepala.


Dia kemudian membawa Harvey disuntik Botox dengan kos £350 (RM1,730) di bahagian atas mata kanannya di sebuah klinik di London dua bulan lalu.

Suntikan itu yang mampu mengelak serangan kuat migrain selama lapan minggu apabila ia mengendurkan otot yang menyebabkan migrain.

Keluarga itu kini cuba untuk menjalani pembedahan bagi memindahkan otot yang menyebabkan migrain di Berlin, Jerman kerana pembedahan tersebut tidak terdapat di hospital kerajaan di England. – Agensi
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...