PELIK !! LELAKI INI MELAHIRKAN 3 ORANG ANAK ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 11 March 2012

PELIK !! LELAKI INI MELAHIRKAN 3 ORANG ANAK

    Okay,sebelum ni Han ada buat entri tentang lelaki mengandung tapi xde info lebih.entri yang lama diSINI..so stelah men-google dan cari di forum serta fesbuk.akhirnya..jom baca keterangan ini


Thomas aka Tracy


Thomas Pada Tahun 2009 mengandung di Rancangan Oprah 




LONDON – Bukan mudah untuk memberitahu kepada seorang kanak-kanak berusia tiga tahun bahawa bapanya adalah ibu yang mengandung dan melahirkannya, namun itulah yang perlu dihadapi Thomas, 38, dan juga isterinya Nancykelak apabila kanak-kanak itu meningkat dewasa.

Thomas atau nama sebenarnya Tracy dilahirkan sebagai seorang wanita namun menukar imejnya untuk menjadi lelaki ketika dia berusia 20 tahun kerana merasakan dia adalah lelaki yang terperangkap di dalam badan wanita.

Bagaimanapun, dia tidak menjalani proses terakhir yang dianggap paling penting dalam menukar jantina iaitu histerektomi (membuang rahim) kerana berfikir mungkin mahukan anak satu hari nanti.

Setelah berkahwin dengan Nancy yang tidak boleh mengandung kerana pernah membuang rahimnya ketika berusia 28 kerana menghidap endometriosis, dia membuat keputusan untuk mengandung kerana mengidamkan cahaya mata sendiri sebagai sepasang suami isteri.

Dengan menjalani proses persenyawaan tabung uji (IVF) dengan sperma yang didermakan oleh seorang individu, Thomas kini mempunyai seorang anak perempuan iaitu Susan, 3, Austin, 2, dan Jensen, 1 yang dilahirkan sendiri melalui proses kelahiran normal.

Ketiga-tiga anak Thomas itu adalah hasil sperma yang didermakan oleh seorang individu tersebut dengan menggunakan telur Thomas.

Difahamkan selain Thomas sekurang-kurangnya ada lima ‘lelaki’ lain pernah mengandung dan melahirkan menggunakan cara yang sama.

Thomas saat melahirkan Anak


Walaupun Thomas merupakan lelaki yang sah dari segi undang-undang, namun dia tidak boleh meletakkan tarafnya sebagai ‘bapa’ di dalam sijil kelahiran anak-anaknya.

“Ia menjadi keliru apabila pada satu ketika mereka meletakkan Nancy sebagai bapa dan saya sebagai ibu kerana saya yang melahirkan mereka.

‘Pihak berkuasa mahu meletakkan kami sebagai ‘parent and parent’ dalam sijil kelahiran mereka sepertimana perkahwinan sesama jenis yang lain tetapi saya tidak mahu.

“Dan akhirnnya kami membuat keputusan untuk mengambil ketiga-tiga anak-anak saya sebagai anak angkat mengikut prosedur undang-undang,” katanya.

Selepas Thomas menjadi ‘lelaki’ pertama yang mengandung dan melahirkan, ramai menyangka dia mendapat pendapatan yang sangat tinggi dengan menjual cerita mengenai diri dan keluarganya.

Namun tegas Thomas, memang dia memperoleh bayaran pada setiap cerita dan gambar namun banyak juga yang perlu dikeluarkaa sebagai kos untuk dia mendapat anak dan juga kos guaman dalam proses menjadikan anak-anaknya sebagai ‘sah’ dari segi undang-undang yan tertulis Thomas sebagai bapa dan Nancy sebagai emak.

sumber
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...