Suspek penggodam Anonymous ditahan ~ Bila Han Bercerita

Friday, 16 March 2012

Suspek penggodam Anonymous ditahan




PARIS – Seramai 25 suspek disyaki ahli gerakan peng*godam Anonymous ditahan dalam satu operasi merentasi Eropah dan Amerika Selatan baru-baru ini.

Suspek penggodam Anonymous ditahan

Agensi polis antarabangsa dalam kenyataan memberitahu, tangkapan dilakukan di Argentina, Chile, Colombia dan Sepanyol oleh pegawai penguatkuasa undang-undang yang bertugas di bawah Kumpulan Terlatih Interpol Amerika Latin dalam Jenayah Informasi dan Terknologi.

Suspek-suspek ditahan berumur antara 17 dan 40 tahun dan disyaki merancang melaraskan serangan siber terhadap beberapa buah institusi termasuk Kementerian Pertahanan Colombia, laman web presiden, syarikat elektrik Endesa Chile serta perpustakaan kebangsaan, termasuk lain-lain sasaran.

Menurut Interpol, tangkapan dilakukan berikutan siasatan berterusan pada pertengah Februari yang mana membawa kepada 250 rampasan melibatkan peratan teknologi maklumat (IT) dan telefon-telefon bimbit di sekitar 40 buah premis dalam 15 buah bandar.

Gerakan Anonymous semakin dipolitikkan ditengah-tengah kawalan ketat global terhadap jenayah cetak rompak muzik dan kontroversi antarabangsa pendedahan rahsia laman WikiLeaks.

sumber
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Random Posts

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...