FAKTA : PENTINGNYA PEMANASAN BADAN SEBELUM BERSENAM ~ Bila Han Bercerita

Sunday 18 March 2012

FAKTA : PENTINGNYA PEMANASAN BADAN SEBELUM BERSENAM




Pakar Kardiologi, Dr. Azar Azman Abu Bakar berkata, serangan jantung mengejut boleh berlaku kepada bukan sahaja pemain bola sepak malah sukan yang melibatkan impak tinggi seperti ragbi, badminton dan tenis. “Biasanya ia berlaku kepada aktiviti yang memerlukan pecutan kemudian berhenti secara mengejut,” katanya. Kata beliau lagi, statistik menunjukkan serangan jantung kerap berlaku kepada pemain terutama ketika musim perlawanan. Pakar Kardiologi, Dr. Azar Azman Abu Bakar berkata, serangan jantung mengejut boleh berlaku kepada bukan sahaja pemain bola sepak malah sukan yang melibatkan impak tinggi seperti ragbi, badminton dan tenis.

Punca-puncanya:

1) Hipertropik Kardiomiopati – Penebalan otot jantung disebabkan oleh kegiatan sukan yang berterusan dan / atau masalah kelainan genetik; risiko masalah rentak jantung ventrikular. Kata Dr. Azar, ia berlaku apabila seseorang itu melakukan sesuatu kegiatan lebih daripada biasa seperti tenaga yang dikerah ketika perlawanan. Masalah ini juga boleh berlaku disebabkan oleh faktor genetik daripada kecil. Menurut beliau, 26 peratus daripada kematian mengejut berpunca daripada masalah ini berlaku kepada ahli sukan.

2) Komotio Kordis – Berlaku ketika perlanggaran terutama di bahagian dada. Jika dilihat, pemain tidak mengalami kecederaan namun jantungnya telah bergegar. Peratus survival hanya 15 peratus.

3) Ketidaknormalan arteri koronari – Kelainan perjalanan pembuluh darah jantung sejak lahir; risiko mendapat iskemia dan aritmia. Keadaan ini menyebabkan darah tidak cukup lalu pemain boleh rebah.

4) Miokarditis – Radangan otot jantung contohnya disebabkan oleh jangkitan virus; risiko mendapat kegagalan jantung dan aritmia

5) Sindrom Marfan – kelainan genetik di mana terdapat kelemahan pada dinding pembuluh darah aorta dan risiko pecahan dinding tersebut. Biasanya berlaku kepada mereka yang bersusuk tubuh tinggi seperti pemain bola keranjang. Terdapat kes di mana pemain mati mengejut di padang.

6) Kardiomiopati ventrikal kanan arrithmogenik – Kelainan genetik melibatkan masalah rentak jantung ventrikular

7) Arteri koronari rentang – Kelainan otot jantung menyebabkan pembuluh darah koronari terhimpit semasa degupan jantung

8) Stinosis injap aortik – Penyempitan injap jantung aortik disebabkan masalah kongenital (injap bikuspid) atau komplikasi jangkitan rheumatik

9) Penyakit arteri koronari artherosklerotik – Pembunuh perubatan nombor satu di mana terdapat penyempitan / sumbatan pembuluh darah koronari. Kejadian serangan jantung atau rentak jantung (ventrikular artmia) boleh berlaku spontan terutama dalam keadaan stres fizikal atau emosi.

Lazimnya terjadi pada seseorang yang mempunyai risiko seperti sejarah keluarga, merokok dan sebagainya. Kebelakangan ini semakin ramai pesakit yang usia muda (lelaki dan perempuan) mengalami masalah ini disebabkan gaya hidup yang tidak sihat.

10) sindromLong QT – Masalah genetik menyebabkan masalah rentak ventrikular yang tidak normal

11) Arteri serebral pecah – Masalah aneurysm pembuluh darah otak yang tidak diketahui ada yang pecah semasa dalam keadaan stress

sumber
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...