Thursday, 15 March 2012
Home »
» [WAJIB TAHU] 14 TANDA TANDA SI DIA MULAI CURANG
[WAJIB TAHU] 14 TANDA TANDA SI DIA MULAI CURANG
Pertemuan pertama menerbitkan bibit cinta paling ulung. Kala itu seluruh alam indah bagaikan di syurga. Apa sahaja dilakukan dirasakan manis-manis belaka. Setiap saat pasti terbayang-bayang wajah si dia. Sungguh asyik sekali.
Si dia juga tak jemu-jemu memuji anda. Pendek kata kamulah manusia paling sempurna di dalam hidupnya. Benarlah orang tua-tua kata, ketika masih sayang kentut pun berbau wangi. Sempurnanya cinta kamu berdua tanpa ada rasa curiga. Bergaduh pun takkan lama-lama kerana pasti kalian saling rindu merindui.
Melalui alam berkasih sayang sungguh indah, siapa-siapa pun mampu melafazkan cinta. Tetapi untuk mempertahankan sesebuah perhubungan bukan satu kerja mudah. Telah banyak cinta yang kecundang diseparuh jalan. Banyak sebab musababnya termasuk dorongan nafsu dan rasa tidak sabar pasangan.
Seandainya perpisahan terjadi dalam nyata tidak mengapa. Bolehlah kamu meneruskan kehidupan mencari pengganti. Namun ada juga individu mulai tamak haloba. Mahu dilepaskan salah seorang tidak sanggup, lalu diduakan cinta kerana hati mula jatuh kepada kedua-duanya. Maka jadilah peristiwa – di sana menanti, di sini menunggu.
Perhubungan melibatkan dua jiwa pasti banyak masam manisnya. Cinta mampu membawa kebahagian tetapi perkataan itu juga mampu melukakan hati. Terutama jika melibatkan pasangan yang berlaku curang. Lazimnya kecurangan terjadi takkan mampu disorok lebih lama. Lambat laun pasti terbongkar jua.
Sepandai-pandai tumpai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Perumpamaan ini sangat padan diberikan kepada pelaku. Bagaimanakah agaknya kamu mahu mengesan kecurangan yang berlaku? Berikut ada beberapa isyarat, petanda atau petunjuk pabila pasangan kamu berlaku curiga.
1. Kata Hati
Segala-galanya bermula dengan gerak hati. Biasanya wanita dikatakan punya naluri paling tepat. Tetapi lelaki juga mampu merasakan perkara sama jika dihalusi dengan betul. Seandainya hati sudah terbetik satu rasa sangsi, sila jangan abaikan rasa itu. Begitupun jangan cepat melatah kerana mungkin pasangan kamu setia orangnya. Pastikan dahulu gerak hati kamu bukan didorong rasa cemburu buta.
2. Bahasa Tubuh
Setelah itu perhatikan perubahan gerak tubuh kekasihmu. Masih sama atau ada beberapa perubahan dalam cara dia berdepan. Apakah matanya tepat memandang ke anak mata kamu, redup seperti selalu. Mimik wajahnya juga apakah seperti sedia kala, tenang dan mendamaikan. Mungkin ada kegelisahan ketika dia berada disisi kamu. Tangannya bermain-main dengan apa sahaja disekelilingnya. Kakinya mungkin kerap digerakkan. Sekiranya si dia tidak lagi fokus ketika keluar temu janji, kamu berhak berasa sangsi.
3. Hmm…
Komunikasi tidak lagi lancar malah cakap pun sering teragak-agak. Banyaknya – Hmm, Erk atau Arr – terutama ketika mahu menjawab soalan-soalan cepu emas daripada kamu. Seolah-olah sedang mengatur ayat atau mencari helah menutup rahsia. Sekiranya kerapa dia tergagap-gagap begitu, memang patut kamu rasa bimbang.
4. Banyak Rahsia
Sekiranya sudah tercipta rahsia di antara kalian berdua itu tandanya telah wujud benteng besar dalam perhubungan. Jikalau ada rahsia disembunyikan dalam hubungan, itu adalah bunga-bunga awal berlakunya kecurangan. Bukankah resipi bahagia bermula dari kejujuran dan tiada rahsia di antara kedua-dua pihak.
5. Percanggahan Kata-kata
Apabila pasangan anda mula berbohong, pasti ada kenyataan-kenyataannya mulai bercanggah. Alasannya hari ini sama sekali berbeza daripada sebelumnya. Waktu diberikan pula mulai tidak tepat. Pada awalnya kamu mungkin dalam penafian, sekadar menganggap mungkin dia terlupa. Apabila sudah berkali-kali ada percanggahan kata, perut kamu mula kecut, hati pula sebal dengan tingkahnya. Kata hati pun mula membisikkan rasa tidak senang.
6. Mulai Sibuk
Kebelakangan ini dia kerap membatalkan temu janji. Ada-ada sahaja alasan. Apabila kamu mula merungut, dia meminta pengertian darimu. Katanya kerja-kerja semakin berlambak. Secara logiknya, sebelum ini longgokan kerja tidak pernah menjadi masalah dalam perhubungan. Tiada apa mampu jadi penghalang. Secara logiknya, kita pasti akan meluangkan waktu walau sesibuk mana pun demi untuk bersama orang tersayang. Apabila keinginan begitu sudah tiada, pasti ada tarikan lain sedang menjauhkan dirinya daripada kamu.
7. Panik
Setiap kali bunyi telefon berdering mesti mukanya cuak semacam. Kemudian dibiarkan tidak berjawab. Katanya tak penting, sedangkan melihat panggilan dari siapa pun belum. Kalau jawap pun mesti buat-buat talian terganggu kerana hendak bercakap jauh daripada kamu. Ada ketikanya perbualan lebih perlahan atau jadi sangat rasmi. Pendek kata, paniknya semacam.
8. Serba Dua
Kamu hanya mengetahuinya akhir-akhir ini – Akaun Facebook dia dua, telefon bimbit dua, e-mel pun dua. Alasan diberikan standard, salah satunya digunakan untuk urusan rasmi. Lebih hebat kamu mengetahuinya pun secara tak sengaja. Mungkin terjumpa ketika cuba-cuba mencari nama lain bagi si dia di laman sosial. Atau ternampak satu lagi telefon bimbit di dalam laci ëdashboardà keretanya.
9. Nombor Misteri
Ada nombor asing tertera di skrin kecil telefon bimbit. Nombor sangat asing dan tiada di dalam simpanan senarai buku telefon. Hendak disimpan tak pasti pula nama apa hendak diletaknya. Nanti kalau kamu nampak, banyak pula soalan – Siapa dia ni? Jalan paling selamat, hafal sahaja nombor itu. Sesekali kamu dapat pegang telefon bimbitnya itu, sempat melihat tempoh panggilan berlangsung. Setengah jam lamanya. Aneh bukan? Nombor asing tetapi perbualannya panjang sepertinya sudah lama kenal.
10. Hambar
Hubungan kalian lama kelamaan jadi semakin hambar. Tiada serinya malah dirasakan semakin menjauh. Konversasi semakin berkurangan seolah-olah tiada apa-apa perlu dikatakan lagi. Sudah puas kamu berusaha menyerikan suasana tetapi sebelah pihak lagi tidak nampak kesungguhannya. Mungkin perasaan jemu sudah menular di hati? Mungkin juga kebahagiaan sudah beralih ke arah lain.
11. Suara Asing
Kamu secara tidak sengaja mengangkat telefon bimbitnya. Terdengar-dengar satu suara halus lagi manja ditalian. Tetapi setelah kamu menyapa, tiba-tiba suara itu lenyap terus. Talian pun langsung terputus. Bersedia dengan jawapan bakal diberikan si dia – rakan sekolej, rakan sekerja atau setiausaha baru. Kalau dia tiba-tiba menjawab dengan nada melenting, tidak syak lagi, gadis itu adalah orang ketiga dalam hubungan kalian berdua.
12. Perubahan Penampilan
Mendadak dia bertukar imej. Makin hari dia semakin bergaya. Kalau dulu keluar rumah hanya berseluar pendek dan kemeja-T tanpa disisir rambut. Akhir-akhir ini dia sering berseluar panjang dengan kemeja. Rambutnya pula likat disapu minyak rambut. Nampak sangat dia sedang cuba mengagumkan seseorang. Ataupun pasangan kamu itu telah diubah gaya oleh orang baru.
13. Sejarah Lama
Selidik sejarah lama pasangan kamu terutama hubungan silam dengan kekasih lamanya. Dari situ kamu dapat menilai gerakannya hari ini. Seandainya dahulu dia pernah menduakan kekasihnya, tidak mustahil dia mampu melakukan perkara sama terhadap kamu.
14. Hubungan Terbuka
Jikalau tiba-tiba sahaja dia menyuarakan mahu hubungan terbuka atau mahu ëbreakà seketika daripada kamu, lebih baik lupakan sahaja dia. Seandainya diteruskan, seolah-olah kamu membiarkan hati kamu disakiti. Pendek kata, usah mengharap pada kasih yang sudah beralih arah. Tiba masanya kamu meneruskan kehidupan sendiri dan bertemu orang baru yang membahagiakan.
SUMBER
loading...
0 comments:
Post a Comment