COOL !! Angry Birds Space Akan Datang Mac 2012 ~ Bila Han Bercerita

Friday, 9 March 2012

COOL !! Angry Birds Space Akan Datang Mac 2012




Setelah lama menyepi akhirnya Rovio kembali dengan permainan terhangatnya Angry Birds terbaru iaitu Angry Birds Space. Dulu memang minat sangat games ni. Bukan apapun sebenarnya, sekadar untuk release tension. Hehe..Tapi makin tension ade lah kowt lepas main game ni. Ok, jom kita lihat 'kepelikan' permainan Angry Birds Space terbaru ini.

Rovio telah melancarkan sebuah trailer gameplay premier untuk Angry Birds Space, yang mengagumkan. Dalam permainan Original Angry Birds, burung Angry Birds akan dilancarkan dari sebuah 'slingshot' untuk menghancurkan struktur dan memusnahkan musuh babi. Tetapi, Angry Birds Space pula akan membawa korang ke alam yang berbeza iaitu di alam angkasa.

Rovio belum melakukan banyak perubahan gameplay sejak Original Angry Birds dilancarkan pada Tahun 2009. Dan ini adalah perubahan terbesar yang pernah Rovio lakukan, dan kelihatan lebih mencabar di alam angkasa.

Permainan ini akan mempunyai 'planetoids' dan asteroid yang mempunyai graviti tersendiri, yang akan menjadi tempat 'amukan' Angry Birds. Misi korang bukan lagi untuk memusnah binaan babi, tetapi strategi untuk menghapuskan mereka. Korang boleh melakukannya dengan menghancurkan pakaian angkasanya dan membekukan mereka. Atau menghapuskan mereka dengan memutuskan tali orbit mereka, supaya mereka terjatuh ke dalam planet tersebut.

Syarikat itu mengeluarkan trailer gameplay rasmi bersempena dengan NASA, dengan demonstrasi bagaimana ia akan bekerja dalam dunia sebenar dengan penghantaran Angry Birds ke Stesen Angkasa Antarabangsa.

Permainan Angry Birds sangat dikenali kerana menjadi popular dan berkualiti tinggi. Dua daripada 10 permainan berbayar di Apple App Store adalah Angry Birds. Angry Birds biasanya mendapat ranking teratas.

Jom lihat video di bawah, rugi kalau tak tengok. Hehe.. Sama-samalah kita nantikan kemunculan Angry Birds Space pada 22 Mac ini.



SUMBER
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Ibu Tergamak Biarkan Anak Kebulur Untuk Kutip Derma Haram !
    28.05.2017 - 0 Comments
    Seorang ibu di Texas sanggup membiarkan anak perempuannya berusia empat bulan kurus akibat kebuluran.…
  • 15 Fakta menarik tentang Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
    24.03.2012 - 0 Comments
    1. Mempunyai empat jenis tandatangan dan dalam kad pengenalannya yang diisukan pada tahun 1964 setelah…
  • WOW COOL !! SINKI AKUARIUM YANG PALING AWESOME
    07.04.2012 - 0 Comments
    Cool gila akuarium kat sinki.hasil rondaan google.com.terjumpa benda awesome ni.hehe.jom kita…
  • Kereta Pertama Dalam Sejarah Yang Disaman Kerana Memandu Laju
    18.05.2017 - 0 Comments
    Tahukah anda, Inilah kereta pertama dalam sejarah disaman kerana memandu laju. Kereta Arnold Benz ini…
  • Bra Zaman Pertengahan Berusia 600 Tahun Ditemui
    25.08.2016 - 0 Comments
    Pakaian dalam wanita yang menyerupai bra tersebut telah ditemui di sebuah istana Zaman Pertengahan di…