AKHIRNYA !! Lelaki rempuh ahli Le Tour serah diri dan beri penjelasan ~ Bila Han Bercerita

Tuesday 20 March 2012

AKHIRNYA !! Lelaki rempuh ahli Le Tour serah diri dan beri penjelasan






AMPANG: Seorang lelaki yang melanggar penunggang basikal, Rafizi Hamdan, 37, sehingga terbunuh dalam kejadian di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Taman Melawati di sini, kelmarin, menyerah diri di balai polis sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Lelaki berusia 20 tahun yang memandu kereta Proton Saga itu tampil di Balai Polis Trafik Ampang Jaya, di sini, jam 11 pagi pada hari sama untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata pihaknya sudah mengambil keterangan daripada lelaki berkenaan untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis jam 4 petang kelmarin.

Beliau berkata, lelaki terbabit dipercayai sangat takut dibelasah orang ramai selepas menyedari kereta yang dipandunya melanggar penunggang basikal menyebabkan dia tidak berhenti, sebaliknya bergegas ke balai polis berdekatan.

“Kita menganggap kes itu selesai dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu.

“Kertas siasatan akan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa yang juga ahli Kelab Le Tua menggunakan laluan susur Taman Melawati menuju ke Batu 12, Gombak, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala selepas dirempuh sebuah kereta dari arah belakang.
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...